POLIS menahan seorang pelajar kolej berhubung video menunjukkan lelaki telanjang sedang melancap di lorong belakang rumah jirannya di Pandan Indah.
Menurut laporan The Star, remaja berusia 19 tahun itu ditahan di rumahnya di kawasan itu selepas dikenal pasti sebagai lelaki dalam video itu, yang menjadi viral selepas dimuatnaik di media sosial.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, suspek mengaku melakukan perbuatan dalam video tersebut tetapi mendakwa ia adalah kali pertama dia melakukan perkara seperti itu.
“Kami menahannya untuk siasatan lanjut,” kata ACP Khairuldin.
Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki telanjang muncul dari semak di lorong belakang sebuah rumah, lalu bergerak ke tingkap dapur rumah jiran sebelum melakukan perbuatan tak bermoral.
Segalanya terbongkar apabila penghuni rumah melihat melalui rakaman CCTV yang dipasang.
Suspek melarikan diri selepas mangsa menjerit ke arahnya.
– MYNEWSHUB.CC
Video; The Star
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=e0pclKrbEgw]