Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Isu Laut China Selatan...

SINGAPURA : Isu Laut China Selatan kekal menjadi keutamaan Malaysia sehingga hari ini,...

Amelia Henderson Diugut Rogol...

JOHOR BAHRU - Pelakon, model dan pengacara jelita, Amelia Henderson mendedahkan pernah menerima...

Isu MA63 Di Peringkat...

KUALA LUMPUR - Isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kini berada di fasa akhir...

Gempar Ular Sawa, Tedung...

SINGAPURA – Dua ekor ular, dipercayai jenis sawa batik dan tedung selar, dilihat 'bergelut' di...

“Lelaki Akan Ternganga Lihat Kaki Panjang Saya”

HOLLY Burt hanya seinci daripada gelaran rekod dunia kerana memiliki kaki paling panjang namun dia merasakan ketika ini dialah pemilik kaki paling panjang di Amerika Syarikat.

Dengan ketinggian 6 kaki 5 inci, Holly yang berusia 20 tahun dan berasal dari Florida menyatakan bahawa lelaki tergoda apabila melihat kaki panjangnya itu.

Dia yang kini menetap di New York berkata, keadaan begitu berbeza dengan tempat kelahirannya di mana dia dibuli dan digelar zirafah, sebaliknya di New York, lelaki seolah-olah tidak puas memandang kakinya.

8

“Ketika di sekolah, saya diberikan pelbagai gelaran tetapi sejak pindah ke New York dua tahun lalu, ramai yang berminat pada saya.

“Apabila saya memakai kasut tumit tinggi, mulut lelaki ternganga dan tentunya kaki saya ini adalah aset serta dihargai ramai,’’ katanya.


Holly sememangnya mempunyai keturunan kaki panjang malah ibunya mempunyai ketinggian 6 kaki satu inci, datuknya yang baru meninggal dunia pula mempunyai ketinggian 6 kaki 8 inci manakala bapa saudaranya (6 kaki 7 inci).

Ketinggiannya juga menjadikan Holly sebagai pilihan untuk permainan sukan dan sering dipilih untuk mewakili sekolah.

Buat masa ini Holly merancang untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran dan selepas menamatkan pengajian di kolej, barulah dia akan memikirkan apa yang boleh dilakukan dengan kelebihan memiliki kaki panjang.

“Saya sering mendapat perhatian dan terbuka sekiranya ditakdirkan menjadi model,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC

[wpdevart_youtube]WIKXOiLUDew[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • pelik

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori