Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Wanita Melayu Pertama Bakal...

SINGAPURA - Selepas 47 tahun, individu Melayu akhirnya bakal mengisi jawatan presiden republik...

Indonesia Sahkan 2 Kes...

JAKARTA - Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi hari ini mengesahkan dua rakyat...

3 Warga Malaysia Ditahan...

Kota Kinabalu : Seramai 11 individu termasuk tiga warganegara Malaysia yang ditahan selepas...

Tabung Kebajikan Bantu Tiga...

KOTA BHARU - Tragedi pembunuhan tiga beranak di Wakaf Mek Zainab di sini,...

Lelaki China Bersenam Taici Atas Lampu Isyarat

SUZHOU (China) – Pengguna jalan raya di bandar ini terkejut selepas melihat seorang lelaki membuat senaman taici di atas palang lampu isyarat baru-baru ini.

Lelaki tempatan berusia 51 tahun itu dilihat berdiri dan membuat gerakkan taici di atas palang lampu isyarat di satu persimpangan yang sibuk di bandar ini.

Tindakan lelaki tersebut menyebabkan keadaan lalu lintas di jalan raya berkenaan sesak teruk selepas ramai pemandu cuba merakamkan aksi cukup unik itu.

Meurut media tempatan, lelaki tersebut dilaporkan membuat aksi berbahaya berkenaan selama beberapa minit sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

Pada mulanya anggota bomba terbabit memujuk lelaki itu turun, tetapi dia pula enggan.


Bagaimanapun, selepas anggota bomba mengeluarkan tangga, lelaki itu akhirnya bersetuju untuk turun dengan menggelungsur di tiang lampu isyarat.

Lelaki itu memberitahu, sebelum kejadian dia mengambil terlalu banyak minuman keras kerana kecewa selepas gagal mencari pekerjaan. – Agensi/Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]mPW_CbUp270[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori