WASHINGTON DC – Pihak berkuasa Amerika Syarikat berkata, seorang lelaki tempatan didakwa kerana meninggalkan sebutir bom palsu di sebuah masjid di Virginia dekat sini.
Penyiasat Jabatan Bomba dan Penyelamat Fairfax County telah mendakwa Chester Gore, 27; menggunakan bahan letupan palsu dan memasuki sebuah premis untuk menyebabkan kerosakan kerana fahaman agama.
Menurut pihak berkuasa, alat letupan palsu tersebut ditemui pada Khamis lalu di Masjid Dar al-Hijrah di bahagian Falls Churh di Fairfax County.
Pegawai Bomba dan Penyelamat berkata, Gore juga menyebabkan kerugian bernilai AS$200 (RM840) terhadap sebuah pintu pagar. Gore ditahan di penjara daerah tanpa bon.
Rekod dalam talian menunjukkan kesnya telah diserahkan ke pejabat peguam awam. – AP
[wpdevart_youtube]XfQNU3hiff4[/wpdevart_youtube]