ALAHAI sweetnya… Seorang lelaki yang juga tukang gunting rambut di United Kingdom ini dilihat begitu profesional melayan kerenah pelanggan yang datang ke kedainya.
Apa yang lebih mengharukan dan menarik perhatian ramai, lelaki dikenali sebagai James William ini sanggup meniarap demi memujuk seorang budak lelaki, Mason yang menghidap autisma untuk memotong rambutnya.
Gambar yang dikongsikan oleh lelaki itu menerusi laman Facebooknya telah meraih perhatian pengguna laman sosial itu sekali gus mendapat pujian ramai.
Dilaporkan, selepas beberapa kali dia cuba untuk memujuk Mason sebelum ini akhirnya mendapat cara yang terbaik untuk melakukannya.
“Kami berdua meniarap di atas lantai secara senyap dan dia akan membenarkan saya memotong rambutnya,” tulis James.
“Sekali lagi saya mencapai sesuatu di dalam pekerjaan yang saya suka,” tambahnya. – MYNEWSHUB.CC