KITA semua memang mempunyai hari-hari tertentu di mana kita rasa seperti tidak mahu pergi kerja tetapi tidaklah sampai mengupah rakan untuk menghubungi polis dan membuat panggilan palsu mengenai ancaman bom kumpulan militan ISIS.
Ia berlaku kepada Aaron O’Neill yang memutuskan tidak lagi menggunakan alasan sakit bagi mengelakkan diri daripada datang bekerja di syarikatnya iaitu Intel.
Sub-kontraktor berusia 20 tahun itu kemudiannya membayar rakannya, Colin Hammond, 21, untuk membuat panggilan palsu mengenai bom tersebut.
“Anda tidak akan menemuinya (bom), ini adalah amaran, kami di mana-mana,’’ kata Colin yang membuat panggilan kepada polis itu dari telefon berbayar di luar rumahnya.
Ia memaksa polis mengambil tindakan drastik bagi menangani ancaman itu termasuk menutup jalan, menjejaskan kawalan trafik udara dan menghalang 4,000 pekerja Intel daripada pergi ke pejabat mereka.
Selepas ditangkap, Colin mengaku membuat panggilan bodoh berkenaan bagi pihak rakannya dan dijatuhkan hukuman oleh hakim supaya menjalani kerja-kerja kemasyarakatan selama 200 jam.
Sementara bagi Aaron pula, hakim Nolan menyatakan tiada sebab untuknya bertolak ansur dengan lelaki itu dan memberikan hukuman yang sama seperti Colin.
Kes itu bagaimanapun ditangguhkan hingga Januari tahun depan. – Mynewshub.cc
[wpdevart_youtube]123QV3UqCkI[/wpdevart_youtube]