Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Hospital Sibu Kekurangan Bekalan...

SIBU - Bank darah Hospital Sibu kini mengalami kekurangan bekalan darah tahap kritikal,...

Budak Lelaki 3 Tahun...

BRISBANE – Seorang budak lelaki berumur tiga tahun memberitahu ibu bapa bahawa dia...

Angkat PPBM Untuk Kerajaan...

PAGOH, 19 Okt – Pemilihan Perdana Menteri ketika awal penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dahulu adalah suatu kesilapan apatah lagi individu tersebut adalah pemimpin daripada parti yang ingin menjatuhkan UMNO, kata Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Trump Sedia Jumpa Pemimpin...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang kini dalam rangka lawatan...

LHDN Sasar Kutipan Cukai RM132.566 Bilion Tahun Hadapan

CYBERJAYA – Kerajaan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyasarkan kutipan cukai sebanyak RM132.566 bilion tahun depan, selepas mengambil kira penurunan harga petroleum yang kini berada di bawah US$49 setong.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Tan Sri Dr. Mohd Shukor Mahfar berkata bagaimanapun kutipan tersebut turut bergantung kepada keadaan ekonomi semasa dunia, terutama naik turun harga minyak.

“Kita akan berusaha untuk mencapai sasaran tersebut dan kita yakin, ia akan dapat dicapai dengan pertumbuhan ekonomi semasa negara serta jika tidak berlaku kegawatan ekonomi dunia,” katanya selepas Majlis Sambutan Hari Inovasi LDHN 2015 di sini, hari ini.

“Kita memantau situasi ini, lebih-lebih lagi apabila kutipan zon tiga digit iaitu RM100 bilion untuk tahun ini dicatatkan pada 30 Oktber berbanding 5 Oktober pada tahun lepas berikutan kedudukan ekonomi semasa yang tidak begitu memberangsangkan,” katanya.

Mohd Shukor berkata untuk kutipan tahun ini, Kementerian Kewangan juga menurunkan sasaran awal daripada RM142 bilion kepada sekitar RM130 bilion ekoran kejatuhan harga minyak.


“Keadaan (kejatuhan harga minyak) memberi kesan ke atas seluruh dunia, dan Malaysia tidak terkecuali,” katanya.

Pada 2010 kutipan cukai berjumlah RM86 bilion, 2011 (RM109 bilion), 2012 (RM125 bilion) dan 2013 sebanyak RM129 bilion manakala pada 2014 berjumlah RM134 bilion.

Dalam pada itu, dari segi jumlah pembayar cukai, beliau berkata walaupun kerajaan telah meningkatkan jumlah had pelepasan peribadi dan sebagainya, namun jumlah pembayar cukai biasanya akan bertambah dalam lingkungan 10 peratus setiap tahun. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori