Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Selangor...

SHAH ALAM - Jumlah mangsa banjir di Selangor yang ditempatkan di pusat pemindahan...

Masjid Hasil Pampasan 6...

KUCHING - Tanggal 13 Mei menjadi detik bermakna buat seluruh waris mangsa nahas...

Ah Soon, Anak ‘Fuzhou’...

BATU PAHAT - Yong Peng, sebuah pekan di sini, mungkin tidak sebegitu popular...

Seorang Maut, 2 Pelajar...

KOTA TINGGI - Seorang penganggur maut manakala dua pelajar tingkatan dua cedera parah...

Lim Guan Eng Cuba Tutup Kesalahan Sendiri

GEORGETOWN – Ketua Menteri, Lim Guan Eng dilihat tidak boleh duduk senang apabila seringkali menyalahkan kerajaan negeri terdahulu yang dipimpin BN dalam pelbagai isu.

Adun Pulau Betong, Muhammad Farid Saad berkata, Guan Eng juga dilihat cuba menutup perbuatannya terutama dalam isu tebus guna tanah dengan menuding jari kepada kerajaan negeri terdahulu.

“Beliau sering menyalahkan BN apabila mengeluarkan kenyataan bahawa BN lebih banyak menambak laut sepanjang 50 tahun memerintah Pulau Pinang. Ingin saya nyatakan disini, projek penambakan yang diluluskan BN telah memberi manfaat kepada rakyat.

“Ketua Menteri sekali lagi dengan mudah menyalahkan pentadbiran negeri sebelum ini (BN) dengan mendakwa BN lebih banyak tambak laut.

Apa yang saya lihat, Guan Eng seolah-olah tidak boleh hidup tanpa menyalahkan pentadbiran sebelum ini, sedangkan beliau sudah berkuasa lebih daripada tujuh tahun di sini,” katanya, kelmarin.


Muhammad Farid berkata demikian ketika mengulas kenyataan Guan Eng yang mendakwa hanya 24.3 hektar kawasan tambak laut yang diluluskan kerajaan negeri Pakatan Harapan sepanjang lapan tahun memerintah.

Guan Eng berkata, ia berbeza berbanding kerajaan negeri BN yang meluluskan 1,311 hektar tanah untuk tambakan laut sepanjang 50 tahun parti itu memerintah negeri ini.

Katanya lagi, 24.3 hektar ekar tanah kawasan tambak laut itu diluluskan untuk dua projek pembangunan bercampur termasuk pembinaan Velodrom pertama di Pulau Pinang. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori