KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan Perhimpunan Agung UMNO bulan depan bebas daripada sebarang sekatan liputan media.
Pengesahan itu sekali gus menafikan laporan awal yang mendakwa liputan media sempena perhimpunan agung kali akan agak terhad, bahkan siaran langsung melalui skrin besar di luar dewan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) juga dibatalkan.
Bagaimanapun, Tengku Adnan menjelaskan, ada beberapa media tertentu termasuk yang dihalang masuk ke PWTC sempena PAU pada tahun lalu akan disekat dan ada yang akan dikenakan syarat lebih ketat.
“Liputan media berjalan seperti biasa.ĆāĆĀ Cuma kita tidak mahu ada media yang putar belit fakta dan laporan. Perbuatan mereka itu akan membuatkan ada pihak yang terasa hati dan sensitif dengan laporan mereka.
“Apabila ada cadangan itu (sekatan media), kita terima banyak maklum balas di seluruh negara.
Kita dengar pendapat mereka dan buat keputusan untuk benarkan media membuat liputan seperti biasa,” katanya pada sidang media di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). – BHarian Online
[wpdevart_youtube]xLlwUpRWn3w[/wpdevart_youtube]