Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pengurusan Kes Rayuan Peguam...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan menetapkan 6 April untuk satu lagi pengurusan kes rayuan...

251,012 Murid Di Kedah...

ALOR SETAR: Sejumlah 251,012 murid dan pelajar dari 752 sekolah rendah dan menengah...

Pemandu Wanita Rempuh Polis...

ALOR SETAR - Pemandu wanita berusia 37 tahun yang terbabit dalam kemalangan yang...

Remaja Jumpa Serpihan Kemungkinan...

KUALA LUMPUR - Seorang remaja Afrika Selatan menjumpai satu serpihan yang mungkin sebahagian...

Mahkamah: Ahli Parlimen DAP Tanjong Didakwa Menghasut

GEORGETOWN – Ahli Parlimen DAP Tanjong, Ng Weik Aik didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menerbitkan penerbitan yang menghasut dalam satu artikel berbahasa Mandarin bertajuk ‘Reformasi Bermula Lagi’ Februari lepas.

Ng mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Ibrahim Osman.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat Kwong Wah Yit Poh Press Bhd., di Lebuh Presgrave, di antara pukul 2.20 petang hingga 2.30 petang, 10 Feb lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Razali Che Ani menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.


Bagaimanapun peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Ng memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya merupakan seorang anggota Parlimen dan tidak berisiko untuk melarikan diri.

Hakim Ibrahim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Jan tahun depan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori