Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Biar Benar.. Guan Eng...

KUALA LUMPUR - DAP meminta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan...

Lelaki Lepaskan Tembakan Di...

SATU majlis perkahwinan yang diadakan di sebuah gereja bertukar menjadi igauan ngeri apabila...

Zulin Aziz Antara Muka...

AKTRES versatil, Zulin Aziz kini melebarkan sayapnya dengan menceburi bidang radio pula setelah...

Sultan Nazrin, Tunku Zara...

KUALA KANGSAR - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku...

Malaysia Memerlukan SOSMA – Bekas Peguam Negara

KUALA LUMPUR – Malaysia memerlukan Akta Kesalahan-Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)(SOSMA) 2012 tetapi ia bergantung tentang bagaimana ia ditafsir dan dilaksanakan, kata Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dalam ucapan pertama di khalayak ramai selepas tempoh perkhidmatannya sebagai Peguam Negara berakhir Julai lepas, Abdul Gani berkata akta itu masih diperlukan untuk melindungi negara daripada sebarang ancaman keganasan.

Ketika berucap pada forum bertajuk ‘SOSMA – Wolf in Sheeps Clothing’, Abdul Gani berkata SOSMA masih digunakan dan harus dipatuhi semua pihak.

Forum anjuran Majlis Peguam itu diadakan di bangunan majlis berkenaan, di sini Selasa malam.


“Keperluan SOSMA terbukti banyak berguna terutama dalam kes Lahad Datu dan siasatan terhadap IS…tidak syak lagi, yang menimbulkan kontroversi sekarang ialah memperluaskan penggunaan akta itu meliputi kesalahan keselamatan lain yang termaktub di bawah jadual baharu akta tersebut,” katanya.

Abdul Gani berkata beliau tidak dapat bersuara dan mengkritik SOSMA kerana beliau yang menggubal akta berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori