Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pembiayaan Bersih Sektor Swasta...

KUALA LUMPUR - Pembiayaan bersih kepada sektor swasta mencatat pertumbuhan tahunan sebanyak 5.4...

Rasuah: Reman Tamat, KSU,...

PUTRAJAYA - Seorang Ketua Setiausaha (KSU) sebuah kementerian bergelar 'Datuk' dan seorang anaknya...

Angkara Hantu Kak Limah,...

PELAKON utama filem Hantu Kak Limah (HKL), Delimawati Ismail mengakui berkecil hati apabila...

KWSP Lancar 4 Inisiatif...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan empat inisiatif bagi menambah...

Mangsa Banjir Di Perak Kekal 285 Orang Petang Ini

IPOH – Jumlah mangsa banjir di Perak kekal 285 orang daripada 85 keluarga sehingga pukul 6 petang ini, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Yahya Madif.

Beliau berkata jumlah mangsa banjir di daerah Hilir Perak masih kekal seramai 171 orang daripada 53 keluarga yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong, Teluk Intan.

“Mangsa banjir di Changkat Lobak, Matang Tengah dan Kampung Air Hitam di Bagan Serai kekal dengan jumlah 44 orang daripada 11 keluarga,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Yahya berkata kesemua mangsa itu ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak, Bagan Serai.


Katanya mangsa tanah runtuh di Pantai Remis membabitkan Kampung Padang Serai, Pengkalan Bharu masih kekal 70 orang daripada 18 keluarga dan mereka dipindahkan ke Sekolah Rendah Agama Rakyat Radhuaniah Kampung Padang Serai, Batu Hampar, Beruas. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]5x-5NrK2yyw[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori