Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Undang-Undang Tak Halang Guna...

Akta sedia ada tidak menghalang penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan, jika mematuhi beberapa peraturan.Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata demikian dalam jawatan bertulis di parlimen, menjawab soalan ahli parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

FINAS Perlu Penstrukturan Semula...

PETALING JAYA - Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) memerlukan penstrukturan semula secara...

Adik Taib Mahmud Dakwa...

KUCHING: Adik bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Datuk Mohamnad Tufail Mahmud, mahu isteri...

3 Pertuduhan Terhadap Najib...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilepaskan tanpa...

Mangsa Banjir Di Perak Menurun Kepada 280 Orang Petang Ini

IPOH – Jumlah mangsa banjir di Perak pada petang ini menurun kepada 280 orang daripada 77 keluarga, berbanding 315 orang pagi tadi, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Yahya Madif.

Berkaitan: Mangsa Banjir Di Perak Meningkat Kepada 315 Orang

Beliau berkata jumlah mangsa banjir melibatkan penduduk dari Bukit Merah, Batu 40 daerah Bagan Serai pula kekal seramai 34 orang daripada 10 keluarga yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Merah.

“Penduduk dari Bukit Merah, Batu 38 pula iaitu seramai enam orang daripada empat keluarga juga berada di pusat pemindahan sama, berikutan paras air banjir di kedua-dua kawasan itu kini setinggi 0.9 meter,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Yahya berkata jumlah mangsa banjir di daerah Hilir Perak, membabitkan Kampung Mesra Batu 7, Kampung Lorong Mesra, Batu 9, Lorong Kedah dan Kampung Baru Batu 8 menurun kepada 104 orang daripada 27 keluarga berbanding 167 orang daripada 52 keluarga pagi tadi.

Kesemua mangsa ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong, katanya.


Sementara itu, mangsa tanah runtuh telah meningkat seramai 83 orang berbanding 61 orang pagi tadi, membabitkan penduduk Kampung Padang Serai, Pengkalan Bharu yang ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat Radhuaniah, Kampung Padang Serai.

“Mangsa banjir di Bagan Serai, membabitkan Kampung Changkat Lobak, Matang Tengah dan Kampung Air Hitam, masih kekal 53 orang daripada 14 keluarga dan mereka ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak,” katanya.

Hujan berterusan sejak petang semalam menyebabkan air banjir naik setinggi antara 0.3 meter hingga 0.5 meter di kawasan terbabit, berpunca daripada limpahan air sungai berhampiran, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori