Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Jurulatih Lumba Basikal Terengganu...

DUNGUN - Jurulatih Lumba Basikal Terengganu, Rozimi Omar meninggal dunia dipercayai mengalami serangan...

Anak Mami Beri ‘Warning’...

SEORANG pengguna laman Facebook; Farah Elmo menjadi sensasi di laman sosial gara-gara video...

Jinq En Cipta Sejarah...

MONACO - Perenang negara, Phee Jinq En melakar sejarah buat Malaysia selepas memenangi...

[TIDAK RASMI] Calon BN...

PETALING JAYA : Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Felicia Wong...

Mangsa Dendam Cinta Bekas Kekasih Meninggal Dunia

MULTAN – Seorang wanita muda meninggal dunia semalam selepas dibakar seorang lelaki kerana menolak lamarannya.

Sonia Bibi, 20, dimasukkan ke hospital bulan lalu dan memberitahu polis bekas kekasih membakarnya selepas menyimbahnya dengan petrol kerana dia menolak lamarannya.

Petugas perubatan sebelum ini berkata, Sonia akan pulih.

Bagaimanapun, seorang doktor di Hospital Nishtar di Multan memberitahu wartawan, kecederaan yang dialami wanita itu dijangkiti kuman dan dan dia meninggal dunia pagi semalam.

Doktor Naheed Chaudhry berkata, kira-kira 45 hingga 50 peratus tubuh mangsa melecur dalam kejadian di sebuah kampung terpencil di daerah Multan, Punjab.


Suspek berusia 24 tahun ditahan polis sebaik laporan mengenainya diterima.

Dalam keterangannya kepada polis, Sonia berkata, dia tidak lagi mencintai lelaki berkenaan dan siasatan awal menunjukkan bekas kekasihnya membakarnya kerana dia menolak lamarannya. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori