Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

NASA Halang Angkasawan Dedah...

NASA didakwa mengarahkan angkasawan mereka supaya mengunci mulut dan tidak bercerita sewenang-wenangnya mengenai...

Penerbit ‘Rambo’ Meninggal Dunia

BUDAPEST - Penerbit filem Hungary, Andrew G Vajna, yang bertanggungjawab menerbitkan ‘Rambo’, ‘Evita’...

Unit Induk Urus Sukarelawan,...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mengumumkan...

Soundcamp – Aplikasi Membuat...

APLIKASI yang sedia dimuat turun pada peranti Android menerusi hub Google Play sememangnya...

Mangsa Pemerdagangan Manusia Dakwa Dirogol 43,200 Kali

SEORANG wanita berusia 23 tahun mendakwa pernah menjadi mangsa rogol sebanyak 43,200 kali selepas diperdaya oleh sindiket pemerdagangan manusia.

Menurut Karla Jacinto, jumlah tersebut adalah anggaran kasar dalam tempoh empat tahun dia dirogol.

Memetik laporan CNN, wanita warga Mexico itu mendedahkan, zaman gelapnya bermula selepas dia berkenalan dan bercinta dengan seorang lelaki berusia 22 tahun.

Menurut Karla, dia yang ketika itu berusia 12 tahun kemudian memilih untuk mengikut lelaki tersebut dan hidup bersamanya.

“Saya tinggal bersamanya selama tiga bulan. Dia melayan saya dengan baik. Semuanya sangat indah,” kata Karla.

Namun, selepas itu, Karla diperkenalkan kepada ‘bapa ayam’ sebelum teman lelakinya itu menghilangkan diri.


Dia dipaksa menjadi pelacur sehinggalah pada usia 15 tahun, Karla melahirkan seorang bayi perempuan.

Bagaimanapun, Karla akhirnya berjaya diselamatkan dalam satu operasi anti-pemerdagangan manusia pada 2008. Ketika itu dia berusia 16 tahun.

Tidak mahu kanak-kanak lain menjadi mangsa sepertinya, Karla kini menjadi aktivis yang lantang bersuara menentang aktiviti pemerdagangan manusia.

– MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=5g0479_ZEG8]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori