Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Peserta Felcra Bantah Projek...

KUANTAN - Kira-kira 21,000 peserta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Berhad...

Pelabur Asing Beli RM350...

KUALA LUMPUR – Pelabur-pelabur asing membeli sebanyak RM350 juta dana tempatan pada minggu...

Pingat Emas Rayzam ‘Dirompak’...

NEW CLARK CITY - Ketua jurulatih skuad olahraga negara, Mohd Manshahar Abd Jalil...

Kerjasama Erat Mantapkan Usaha...

BETONG - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mahu jalinan kerjasama, persaudaraan...

MARA T’ganu Keluar Pinjaman RM57.7 Juta Kepada Usahawan Hingga Okt

KUALA TERENGGANU – Majlis Amanah Rakyat (MARA) negeri Terengganu telah mengeluarkan pinjaman sebanyak RM57.7 juta kepada 547 usahawan dari Januari hingga Oktober tahun ini, manakala pinjaman RM71 juta telah diberi kepada 757 usahawan sepanjang 2014.

Pengarah MARA negeri Salemi Yusof berkata, setakat ini pihaknya berjaya memungut balik RM50 juta daripada pinjaman itu dan menjelang akhir tahun ini, pinjaman RM60 juta dijangka dapat dipungut balik.

“Kita tidak menghadapi masalah memungut balik pinjaman daripada usahawan di negeri ini.

“Apabila mereka membuat bayaran balik yang konsisten, pinjaman boleh disalurkan pula kepada usahawan lain bagi membantu mengembangkan perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Malam Himpunan Usahawan MARA Terengganu yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Roslee Daud.

Salemi berkata, MARA turut mengeluarkan peruntukan sebanyak RM4 juta tahun ini bagi mengadakan pelbagai aktiviti bersama agensi kerajaan lain seperti mengadakan kursus dan ekspo bagi memberi pendedahan kepada usahawan agar menjadi usahawan yang berjaya.


Sementara itu, Roslee ketika merasmikan majlis itu antara lain berkata, kerajaan sentiasa bekerja keras dan komited dalam usaha membangunkan usahawan supaya lebih dinamik dan berdaya saing.

Katanya, usahawan perlu mengubah sikap ke arah yang lebih positif serta berminat menambah ilmu dalam pelbagai aspek pengurusan perniagaan.

Beliau berkata, kerajaan tidak mahu usahawan Melayu dan Bumiputera tercicir dalam persaingan, terutama dalam industri kritikal yang telah dikenal pasti. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MARA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori