Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PRU-15: Rafizi Ketinggalan Di...

Kuala Lumpur : Calon Perikatan Nasional, Muhammad Farique Zubir Albak mendahului dengan 764...

Contohi GPS, Hajiji Perlu...

PITAS: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yakin dengan kebijaksanaan Ketua Menteri Sabah merangkap pengerusi...

AS Sekat Produk Sawit...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) akan...

DBKL Pasang CCTV Di...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memasang kamera litar tertutup...

Masjid Dibakar, Muslim Kanada Ditawar Solat Di Gereja

OTTAWA – Al Salam, masjid tunggal di Peterborough, Ontario dibakar 10 hari lalu oleh penyerang yang masih diburu polis Kanada dengan motif dipercayai sentimen anti-Islam susulan insiden berdarah di Paris, Perancis.

Portal Global News Canada melaporkan, ekoran kebakaran itu, segala peralatan dalam masjid rosak teruk, sekali gus mengakibatkan lebih 1,000 Muslim daripada 50 keluarga di kawasan Peterborough tidak dapat beribadah.

Ironi sejurus berita itu tersebar, penduduk bukan Muslim segera membantu dengan menganjurkan kutipan derma dan salah seorangnya, Larry Forsey menyumbangkan wang sendiri untuk bantu takmir melakukan kerja ubah suai.

“Kejadian kebakaran ini sangat menyedihkan semua pihak. Kanada adalah sebuah negara yang penduduknya saling bantu-membantu antara satu sama lain,” kata lelaki tempatan tersebut yang berasal dari Coboconk.

Hasilnya, sumbangan ihsan secara kilat yang berjaya dikumpulkan sudah pun melebihi AS$110,000 (kira-kira RM466,565) walhal sasaran awal penduduk terbabit hanyalah AS$107,000 (sekitar RM453,840).

Pihak pengurusan gereja Kristian dan sinagog Yahudi di Peterborough malah menawarkan kepada komuniti Muslim kemudahan untuk melakukan ibadah solat fardu di salah satu ruangan bangunan mereka sendiri.

Setelah dipertimbangkan, takmir Masjid Al Salam memilih solat berjemaah akan dilakukan di gereja United Church manakala untuk solat Jumaat dilaksanakan di halaman rumput depan masjid mereka itu yang terbakar.


Imam masjid tersebut, Shazim Khan, mengakui sangat berterima kasih atas dukungan penganut agama Kristian dan Yahudi susulan kebakaran itu bahkan kebaikan masyarakat bukan Muslim itu amat menyentuh hatinya.

“Saya telah memaaafkan pelaku kebakaran tersebut. Saya sudah lama menetap di komuniti ini. Kami saling menghormati dan menyayangi antara semua pihak,” kata beliau lagi yang dipetik media tempatan.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau turut mengecam kebakaran masjid di Ontario itu dan menurutnya, tindakan pelaku, yang masih lagi diburu pihak polis sehingga kini, sangat menyedihkan beliau sendiri.

“Warga Kanada harus tahu bahawa umat Islam di seluruh dunia lebih sering menjadi mangsa kelompok ekstremis. Kita harus saling mendukung satu sama lain,” kata beliau yang baharu dipilih ke jawatan itu awal bulan ini.

Islam yang secara rasmi tiba di Kanada pada 1867 oleh ratusan pendatang Bosnia kini memiliki lebih sejuta penganut di negara itu dan menjadi agama kedua terbesar selepas Kristian. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori