Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Lebih 21 Juta Pengundi...

PUTRAJAYA : Lebih 21 juta pengundi berdaftar dijangka mengundi pada Pilihan Raya Umum...

Projek Terowong P.Pinang: ‘Datuk...

PUTRAJAYA - Mahkamah Majistret hari ini membebaskan seorang pengerusi syarikat perunding kejuruteraan bergelar...

UMNO Jangan Dibuai ‘Lamaran’...

KUALA LUMPUR - UMNO perlu membuat perbincangan di semua peringkat, berhubung ‘lamaran’ kerjasama...

Pengerusi SPR Nafi Bincang...

PETALING JAYA - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun hari ini...

Masjid Negara Adakan Majlis Berkhatan Beramai-Ramai Untuk Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR – Seramai 57 kanak-kanak berusia antara tiga dan 12 tahun menyertai majlis berkhatan beramai-ramai di Masjid Negara pada Sabtu.

Majlis yang dirasmikan Timbalan Imam Besar Masjid Negara Yusuff Ahmad, turut dihadiri ibu bapa dan anggota keluarga kanak-kanak yang dikhatankan.

Yusuff berkata satu daripada tujuan program itu adalah untuk menggalakkan hubungan dan kefahaman yang lebih baik antara masjid dan orang ramai, selain ibu bapa dapat menasihatkan anak-anak mereka mengenai amalan dan ajaran Islam.

Setelah bangun seawal Subuh untuk menunaikan solat Subuh, kanak-kanak berkenaan kemudian memakai baju Melayu dan bersedia untuk melangkah ke alam kelelakian.

Senyuman dan gelak tawa tidak lekang daripada wajah kanak-kanak tersebut yang berarak ke pintu masuk utama masjid dan disambut dengan paluan kompang.

Anggota bomba kemudian bersedia menanti kanak-kanak berkenaan di perkarangan masjid untuk acara tradisi yang ditunggu-tunggu iaitu bersiram menggunakan hos bomba.


Sebaik selesai, wajah yang dipenuhi gelak tawa sebelum ini bertukar kepada ketakutan dan gementar menunggu giliran untuk dikhatankan.

Fazli Taub, 10, berkata walaupun pada mulanya proses itu sedikit menyakitkan, tetapi ia berbaloi kerana dapat melunaskan ajaran Islam yang wajib dilaksanakan itu.

“Saya dapat lihat ibu bapa dan saudara-mara saya gembira dan saya juga berjumpa dengan kawan baru di sini, saya bersyukur kerana telah melakukannya tanpa menangis,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori