Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Sambutan Syawal Peluang Untuk...

PUTRAJAYA - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Saik Keruak berharap...

Belletti Akhiri Kemarau Gelaran...

MUAR – Pelumba Itali, Manuel Belletti daripada pasukan Androni Giocattoli-Sidermec menamatkan kemarau gelaran...

Tikam Alat Sulit Selepas...

SEORANG isteri di Sibu menikam alat sulit teman wanita suaminya menggunakan pisau sepanjang...

Namewee Dihukum Lakukan Kerja...

Penyanyi rap dan pengarah kontroversi Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee hari...

MATTA Kata Pelancong Malaysia Di Paris Berani

KUALA LUMPUR – Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) memuji keberanian pelancong Malaysia di Paris, Perancis yang tetap meneruskan aktiviti pelancongan mereka walaupun kota itu diserang pengganas baru-baru ini.

Preisdennya, Datuk Hamzah Rahmat berkata, beliau juga gembira mendapat tahu terdapat ramai pelancong dari Malaysia di Paris berada dalam keadaan selamat di kota tersebut dan tidak bersembunyi di hotel mereka.

“Saya gembira apabila mengetahui pelancong Malaysia dalam keadaan selamat di Paris dan berani untuk melengkapkan pelancongan mereka, bukan bersembunyi di hotel.

“Tiada tempat yang selamat sepenuhnya sama ada di rumah atau di luar negara maka kita perlu sentiasa berhati-hati,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Satu insiden serangan pengganas berlaku di di kota Paris pada 13 November lalu yang mengakibatkan kematian 153 orang.

Hamzah dalam pada itu menegaskan, tempat-tempat yang sesak sentiasa berisiko untuk berlaku insiden rempuhan atau diserang pengebom berani mati.


Bagaimanapun, katanya, seorang pengembara yang bijak berupaya mengelakkan diri daripada situasi berbahaya.

Beliau turut menegaskan, semua pihak tidak perlu terus berada dalam ketakutan disebabkan serangan di Paris kerana kelewatan untuk bangkit daripada insiden serangan itu akan hanya mendorong kepada kejadian serupa pada masa depan.

“Perancis adalah lambang pelancongan dunia dan pelancongan adalah industri sektor perkhidmatan yang terbesar di dunia .

“Ia adalah penting dunia terus menyokong Perancis dalam usaha pemulihan dan membawa keadaan kembali seperti sediakala secepat mungkin,” kata Hamzah. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori