Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lebih 250 Penduduk Terjejas...

KULIM - Lebih 250 penduduk di 10 kampung dekat Lunas terjejas apabila dilanda...

Banjir: Kami Masih Trauma,...

KOTA BHARU - "Saya runsing sangat melihat hujan lebat dalam beberapa hari ini....

DAP Biadab Dahului Agong...

DALAM keghairahan DAP berkempen menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, parti itu telah...

Tol Lebih Rendah Dengan...

KUALA LUMPUR - Selain Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Persekutuan 2 (FHR2) turut...

Pelajar Bijak Maut Selepas Balik Dari Lawatan Sekolah

SINGAPURA – Seorang pelajar berusia 15 tahun dari Sekolah Tinggi Katolik meninggal dunia pada Sabtu, selepas pulang dari lawatan sekolah ke Shanghai.

Luke Chan dilaporkan mula mengalami cirit-birit pada hari Rabu di Shanghai tetapi mengambil ubat dan meneruskan lawatan sekolahnya.

Dia kembali ke Singapura pada Jumaat selepas seminggu tetapi cirit-biritnya menyerang sekali lagi sehari kemudian. Dia juga muntah tetapi tidak demam.

Ibunya merancang membawa Luke ke hospital pada malam Sabtu tetapi dia mencadangkan supaya menunggu hingga keesokan harinya. Bagaimanapun pada sebelah malam, Luke mengalami cirit-birit lagi lalu pengsan sebelum disahkan meninggal dunia.


Ibunya yang terlalu sedih dengan insiden ini dilaporkan cuba membunuh diri.

Luke yang merupakan anak tunggal dalam keluarga dikatakan tidak pernah memberi masalah kepada ibunya serta tidak mempunyai alahan terhadap makanan.

Ibu bapa Luke telah bercerai. Bapanya memberitahu akhbar Cina, Luke yang bercita-cita menjadi seorang peguam adalah pelajar aktif dan bijak, malah baru sahaja mendapat biasiswa dan memegang jawatan kepimpinan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori