Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sistem Rawatan Air M’sia...

COX’S BAZAR (Bangladesh) - Sekurang-kurangnya 30,000 etnik Rohingya di kem pelarian yang terletak...

Mahathir Harap F1 Akan...

PERDANA Menteri, Dr. Mahathir Mohamad berharap Malaysia akan terus menghasilkan lebih ramai bintang...

Polis Tahan Bakal Pengantin...

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang wanita warganegara Malaysia kerana disyaki terlibat dengan...

PAS Bergabung Dengan Parti...

KUALA LUMPUR - PAS hari ini mengumumkan permuafakatan baharu bersama Parti Ikatan Bangsa...

Media `Kritik’ Jabatan Komunikasi Korporat Parlimen

KUALA LUMPUR – Gerakan Media Marah (Geramm) membantah tindakan Jabatan Komunikasi Korporat Parlimen mengehadkan jumlah petugas media yang dibenarkan membuat liputan prosiding Dewan Rakyat kepada tiga anggota bagi setiap agensi.

Geramm dalam satu kenyataan media mendakwa, tindakan itu boleh ditafsirkan sebagai satu percubaan untuk menghadkan liputan prosiding Parlimen dan menyekat kebebasan akhbar.

“Kami ingin memaklumkan agensi-agensi media RTM dan Bernama pada masa ini mempunyai `kontinjen’ yang besar di Parlimen untuk membuat liputan secara langsung di televisyen.

“Sekiranya peraturan ini tidak terpakai kepada pertubuhan media tertentu, ia boleh mengandaikan bahawa Parlimen yang merupakan asas kepada demokrasi Malaysia tidak memberi akses yang adil dan bebas kepada semua media,” dakwa kenyataan itu hari ini.

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Jabatan Komunikasi Korporat Parlimen memberitahu arahan itu akan dikuatkuasakan bermula Isnin depan.


Keputusan itu diambil berikutan masalah kekangan ruangan kerja yang amat kritikal sepanjang kerja-kerja menaik taraf kompleks Parlimen yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2018.

Geramm mendakwa kenyataannya disokong Institut Wartawan Malaysia, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM), Pusat Kewartawanan Bebas Malaysia (CIJ), Kelab Wartawan Asing Malaysia (FCCM) dan Kesatuan Jurugambar Akhbar Malaysia (MPPA). – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori