Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

FAMA Cadang Buka 3...

SUNGAI PETANI - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bercadang membuka tiga lagi pusat...

Politeknik Turut Berperanan Tingkatkan...

NILAI - Sebagai institusi Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) ulung di Malaysia, politeknik...

Air Pasang: 52 Keluarga...

SHAH ALAM - Sebanyak 52 keluarga terdiri daripada 224 orang dipindahkan ke tiga...

UMNO Johor Sambut Baik...

JOHOR BAHRU - Badan Perhubungan UMNO Johor menyambut baik cadangan untuk memperkenalkan Akta...

Mesin ATM Di Jepun Mula Sokong Penggunaan Bahasa Melayu

SEKIRANYA melancong ke luar negara, sebaiknya pastikan bawa wang yang cukup untuk perbelanjaan.

Ini kerana jika anda mengeluarkan wang di negara luar, bank akan mengenakan caj tambahan.

Tetapi kadang kala ‘malang sememangnya tidak berbau’ dan wang tunai masih perlu juga dikeluarkan menerusi ATM.

Kebiasaannya, tidak semua ATM di negara luar menyokong bahasa Melayu.

Hanya bahasa-bahasa utama dunia seperti Inggeris dan China mendapat sokongan dari bank luar negara.

Tetapi sekiranya anda ke Jepun, kini anda boleh menggunakan mesin ATM yang menggunakan bahasa Melayu.

Bahasa Melayu ialah salah satu daripada dua belas bahasa yang kini mula disokong mesin ATM di Jepun.

ATM-jepun-bahasa-melayu

31540169ed1f496


The-language-selection-screen-appears-upon-inserting-a-card

Sebelum ini mesin ATM di Jepun hanya menyokong bahasa Jepun, Korea, China dan Inggeris.

Pengenalan lapan lagi bahasa ini adalah langkah Jepun untuk memudahkan proses pengeluaran wang oleh pelancong yang melawat negara mereka.

Mereka menyedari pelancong lebih gemar menggunakan wang tunai dari kad kredit.

Apabila mesin ATM menyokong bahasa asing, mereka akan lebih mudah mengeluarkan wang seterusnya menjana ekonomi melalui pembelian barangan dari peniaga tempatan.

Mesin ATM Seven Banks adalah yang pertama akan menawarkan perkhidmatan pelbagai bahasa ini.

Selain bahasa Melayu, bahasa Indonesia, Thai, Perancis, German, Portugis dan Vietnam turut disokong.-MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori