HANYA sekali lafaz, juara program realiti Akademi Fantasia musim kelima (AF5) iaitu Mira Jirin sah bergelar isteri kepada pengurusnya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha kira-kira jam 6.20 petang, pada Rabu.
Pasangan sama cantik, sama padan ini dinikahkan oleh imam dan Penolong Pendaftar Pernikahan, Masjid Jamek Batu 12 Puchong, Ustaz Mohamed Zainal Khamis dan berwalikan bapa penyanyi itu, Jirin Burhan di Hotel E-City, One City, Subang Jaya, Selangor.
Mila atau nama sebenarnya Noorsyarmilla Jirin, 28, menerima lima dulang hantaran, mas kahwin berjumlah RM1,001 serta wang hantaran RM23,128.70. Manakala, pengantin lelaki menerima tujuh dulang hantaran.
“Selepas sekian lama menyulam cinta dengan pelbagai dugaan akhirnya kami selamat bersatu sebagai suami isteri.
“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan hari ini merupakan hari paling bahagia,” kata Mila bagi melahirkan rasa syukurnya.
Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada 20 Disember depan di Hotel Tabung Haji, Bayan Lepas, Pulau Pinang. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: mStar Online
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=lscd3glsbQs]