SEKALI lagi penyanyi dan pelakon popular, Miley Cyrus cetus kontroversi dengan penampilan terbaharunya dalam muka depan majalah Candy.
Kali ini, pelantun lagu The Climb itu tampil dengan lebih berani dan lebih terdedah menerusi 9 jenis gambar bogel untuk muka depan majalah itu sempena ulang tahun yang ke-9.
Keluaran edisi istimewa majalah tersebut juga terhad dan hanya 1,500 cetakan dikeluarkan serta dijual kepada orang ramai.
Hasil jurugambar Terry Richardson, kesemua gambar penyanyi berusia 22 tahun itu kelihatan sangat tidak senonoh dan menjelikkan.
Mana tidaknya, gambar Miley yang cuba menjilat bulu ketiaknya juga turut dijadikan muka depan majalah itu.
Bukan itu sahaja, gambar-gambarnya itu juga terlalu banyak unsur lucah yang tidak sesuai dengan semua lapisan umur.
[GADIS INI SERING DISERBU PEMINAT KERANA MIRIP MILEY CYRUS]
Agak menjijikkan sebenarnya namun industri hiburan di sana tidak mengecam sama sekali perbuatan artis mereka yang bertindak sedemikian.
Walaupun begitu, gambar-gambar seperti itu sepatutnya dan sebaiknya ditapis lagi kerana ia boleh membawa kesan buruk dan tanggapan negatif kepada anak-anak di bawah umur. – Agensi/MYNEWSHUB.CC