Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Krisis Rusia-Ukraine: Tentera Putin...

KIEV: Tentera Rusia terus mara ke ibu negara Ukraine pada Sabtu, selepas penduduk...

Harga Air 3 Sen...

SHAH ALAM - Pakar Undang-undang Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr....

2 Penyamun 3 Negeri...

TUMPAS... Dua penjenayah berbahaya yang dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun di Kuala...

Laluan Khas Di China...

CHINA – Kepada mereka yang ketagih dengan telefon bimbit dan langsung tidak boleh...

M’sia Ada Pilihan Tarik Diri Ke Hebron Jika Keadaan Tidak Selamat

KUALA LUMPUR – Pasukan Malaysia masih mempunyai pilihan untuk menarik diri daripada menyertai perlawanan menentang Palestin dalam aksi Kumpulan A kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Hebron jika keadaan tidak selamat, 24 jam sebelum pasukan negara tiba di Palestin.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata jika pihaknya menerima berita mengenai sebarang serangan di kawasan laluan pasukan Malaysia, beliau akan bertindak memastikan Malaysia menarik diri daripada turun ke Stadium Dura, 12 Nov ini.

“Kita ada pegawai Kementerian Luar yang akan bekerjasama dengan penguasa tempatan untuk memantau dan menjaga keselamatan pemain. Sudah pasti kita akan ambil langkah berjaga-jaga, kita akan pantau keadaan pada setiap masa.

“Saya rasa yakin bahawa mereka (Harimau Malaya) boleh ke Palestin. Saya sudah berkomunikasi dengan Duta Palestin ke Malaysia dan beliau telah memberi jaminan keselamatan untuk pasukan kita ke Hebron,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Polo Terbuka Malaysia 2015 malam tadi.

Khairy berkata beliau juga telah berbincang mengenai hal keselamatan pemain Malaysia dengan pihak Kementerian Luar yang bertanggungjawab terhadap kawasan Timur Tengah.

“Saya sendiri telah menerima jaminan secara peribadi daripada Duta Palestin dan beliau sendiri akan mengiringi pasukan kita dari sempadan ke stadium.


“Beliau memaklumkan bahawa kerajaan Palestin akan memudahkan pasukan kita melalui check point yang di kawal oleh rejim Israel,” kata Khairy.

Katanya, walaupun ada kebimbangan daripada pihak Wisma Putra dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sendiri, namun jika rayuan kedua FAM tetap tidak diterima Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), beliau akan memaklumkan kepada FAM agar meneruskan perlawanan di Hebron.

Media melaporkan FAM bertindak menghantar surat rayuan kedua kepada FIFA menerusi Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada Ahad, susulan kebimbangan tentang keadaan di kawasan bergolak itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori