Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tambang Pengangkutan Awam Darat...

BACHOK - Harga tambang pengangkutan awam darat terutama bas dan teksi tidak dipengaruhi...

Bekas Imam Maut Digilis...

BALIK PULAU - Bekas imam sebuah masjid di Teluk Kumbar di sini maut...

RM980,000 Diperuntukkan Untuk Baiki...

PENGERUSI Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata sebanyak RM1.8...

MySC 2019 Bukan Pengganti...

KUALA LUMPUR - Malaysia Sports Challenge 2019 bukan pengganti kepada Hari Sukan Negara...

Naam Tamilar Kritik Kenyataan MIPAS Berhubung Deepavali

PERTUBUHAN Naam Tamilar Malaysia mengkritik kenyataan Setiausaha MIPAS, Barathidasan berhubung Deepavali yang menyebut bahawa perwira Tamil Naragasuran (Nagasuuran) adalah seorang syaitan, baru-baru ini.

“Kenyataan Barathidasan menggambarkan beliau ‘buta huruf’ dalam sejarah Tamil dan perayaan Deepavali,” kata presiden pertubuhan badan bukan kerajaan itu, Kalaimugilan dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, Deepavali bukanlah perayaan asal yang diraikan masyarakat Tamil tetapi dirayakan masyarakat Gujerat dan orang India utara (Arya).

Tambahnya, perkataan ‘Deepavali’ diambil daripada Bahasa Sanskrit (bahasa Arya) tetapi perayaan ini mempunyai pelbagai cerita di sebaliknya.

“Masyarakat Tamil menyambut Perayaan ‘Tirukartigai’ iaitu Pesta Perbarisan Cahaya.  Sambutan Deepavali hanya bermula selepas kedatangan orang Arya ke Tamil Naadu. Ia adalah satu ‘misconception’ dalam kehidupan Tamil,” kata Kalaumugilan.

Beliau bagaimanapun menegaskan, sambutan Deepavali tidak dibantah kerana ianya terpulang kepada pendirian masing-masing, tetapi mereka tidak puas hati apabila Barathidasan menyebut bahawa Naragasuran (Nagasuuran) adalah seorang syaitan.


“Sumber mana menyatakan Naragasuran itu syaitan? Naragasuran adalah seorang perwira Tamil dalam angkatan tentera Raja Tamil Paandiyan mengikut analisis dibuat oleh profesor penganalisis sejarah.

“Satu lagi fakta perlu diambil kira, masyarakat Tamil tidak mempunyai adat atau budaya menyambut kematian seseorang dengan meriah, sama ada dia baik ataupun ‘syaitan’ sebagaimana diajar Kitab Suci Tamil, Tirukural.

“Jadi bagaimanakah penjelasan yang diberikan oleh Barathidasan itu boleh dikatakan betul?” soalnya.

Pada masa sama, Kalaimugilan menasihati masyarakat Tamil agar tidak meminum arak atau alkohol kerana ianya haram dan dilarang dalam Tirukural manakala MIPAS pula, dinasihatkan beliau agar mendapatkan fakta dengan betul jika ingin memberikan kenyataan media pada masa akan datang. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori