Wednesday, January 8, 2025

Creating liberating content

Datin Cederakan Pembantu Rumah...

SHAH ALAM - Bon berkelakuan baik, hukuman bagi 'Datin' yang mencederakan pembantu rumahnya...

58 Kit Ujian Kendiri...

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengeluarkan senarai terkini 58 kit...

CGN ‘Edra Baharu’ Bina...

KUALA LUMPUR - China General Nuclear Power Corp (CGN), syarikat tenaga bersih terkemuka...

Polis Tumpas Sindiket Dadah...

SHAH ALAM - Satu sindiket pengedaran dadah jenis syabu yang didalangi warga Indonesia...

Najib, Abe Bincang Gelombang Kedua Dasar Pandang Ke Timur 2.0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membincangkan gelombang kedua Dasar Pandang Ke Timur 2.0 semasa mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya dari Jepun, Shinzo Abe, di sini hari ini.

Menurut seorang pegawai, hubungan usaha sama berasaskan dasar itu harus sesuai dengan Visi 2020 Malaysia serta matlamat Jepun untuk mencergaskan semula ekonomi selain mengukuhkan pembabitan negara itu dengan ASEAN.

Najib mengumumkan dasar 2.0 semasa lawatan rasmi ke Korea Selatan pada Disember tahun lepas.

Mesyuarat dua hala itu yang berlangsung selama 40 minit, turut menyentuh mengenai bidang seperti kerjasama pertahanan, maritim, kereta api berkelajuan tinggi serta pembaharuan dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC).

Abe berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin ASEAN ke-27 yang bermula esok.


Beliau akan mengetengahkan usaha Jepun dalam isu global selain menggalakkan kerjasama ekonomi di Asia Pasifik.

Pada pertemuan itu, beliau juga mengucapkan tahniah kepada Najib atas kejayaannya selaku Pengerusi ASEAN dan Sidang Kemuncak Asia Timur.- BERNAMA

[wpdevart_youtube]JZ_6ucF00Aw[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori