Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lebih 50% Ditahan Kes...

KOTA BHARU - Sebanyak 55.2 peratus daripada jumlah tangkapan dari 2013 hingga Mei...

Polis Buru Empat Lelaki...

Ipoh : Polis memburu empat lelaki dipercayai orang upahan Along yang bertindak menyamun...

Serangan Keganasan Di Rantau...

KUALA LUMPUR - Insiden terbaharu serangan pengganas di beberapa daerah di Thailand, Jakarta,...

Video: Ini Cara Indonesia...

IBARAT nasi sudah menjadi bubur, begitulah pengakhiran karier seorang anggota polis berpangkat koperal,...

Najib: China Sahkan Minat Sertai Projek Kereta Api Laju

PUTRAJAYA – Malaysia maklum dengan minat China untuk menyertai projek kereta api laju antara Kuala Lumpur dan Singapura, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata Malaysia akan menimbang minat China itu atas dasar proses tender antarabangsa.

“Kedua-dua pihak bersetuju untuk terus memudahkan pembangunan diselaras projek taman berkembar perindustrian kedua-dua negara dan bersama-sama meneroka peluang menggalakkan kerjasama dalam bidang keutamaan.

“Ia termasuk pengangkutan kereta api, pembinaan kapal, maklumat, komunikasi dan teknologi, penjanaan kuasa dan pembuatan besi dan keluli,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar bersama dengan Perdana Menteri China, Li Keqiang, di sini.

Malaysia dan China hari ini memeterai lapan memorandum persefahaman (MOU) kerajaan kepada kerajaan untuk meningkatkan hubungan dalam perdagangan, budaya dan pentadbiran.

Permeteraian MOU itu diadakan bersempena dengan lawatan rasmi Li ke Putrajaya.


Di bawah Bajet 2016 yang dibentangkan bulan lepas, kerajaan akan meneruskan rundingan kereta api laju dengan Singapura.

Cadangan projek sejauh 350 kilometer itu dijangka menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura dalam masa hanya 90 minit dan juga menarik minat Jepun dan Korea Selatan.

Sementara itu, bagi memudahkan lagi kerjasama ekonomi dan perdagangan yang telah sedia rancak, kedua-dua pihak akan mengukuhkan lagi perdagangan dua hala, menggalakkan dan menyokong pelaburan dua hala, menggalakkan pembabitan sektor swasta dan menyokong kerjasama antara perusahaan kecil dan sederhana dan institusi perkhidmatan kedua-dua negara seperti yang ditetapkan dalam ‘Program Lima Tahun bagi Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan’. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]UCEC823Ff64[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori