Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PTPTN Laksana Kempen Click,...

PETALING JAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekali lagi menjalin kerjasama strategik...

Pukul Isteri Berang Nama...

IPOH - Tidak berpuas hati apabila nama tidak tercalon untuk menerima anugerah ikon...

Bapa Kesal Ahmad, Muhammad...

MASIH ingatkah anda dengan kisah kembar siam Ahmad dan Muhammad yang berjaya dipisahkan pada...

Geng Pukau Johor Bahru...

JOHOR BAHRU – Dua wanita dari China yang disyaki merupakan anggota geng pukau...

Najib Luang Masa Bertemu Juara Debat

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa bertemu dengan empat pelajar dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) yang menjuarai pertandingan debat tahunan antara Universiti Cambridge, baru-baru ini.

Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira setengah jam bersama mereka dalam pertemuan ringkas yang diadakan di bangunan Menara Parlimen, di sini.

Selain merakamkan ucapan tahniah atas kejayaan mereka, Najib turut memberikan kata-kata semangat untuk mereka berusaha lebih gigih bagi menghadapi The World Universities Debating Championship (WUDC) yang akan diadakan pada hujung Disember di Thessaloniki, Greece.

Keempat-empat pendebat tersebut, Mohd Mifzal Mohd Murshid Kieron dan Jasmine Ho dari UiTM dan Ameera Natasha Moore dan Sara Rahim dari UIAM ketika ditemui pemberita selepas pertemuan itu, melahirkan rasa terharu dengan pengiktirafan dan galakan yang diterima dari Perdana Menteri.

Mohd Mifzal, 22, berkata Perdana Menteri telah memberikan galakan yang amat memberangsangkan untuk beliau terus berusaha serta galakan bekerjasama dengan komuniti 1Malaysia for Youth (1M4U) untuk meningkatkan kemahiran debat.

“Saya sangat gembira dengan pertemuan ini. Kami akan teruskan latihan seperti membuat bacaan dengan lebih banyak mengenai isu-isu semasa dan menyertai pertandingan debat untuk menghadapi petandingan debat dunia itu nanti,” katanya.

Rakan sepasukannya, Jasmine, 22, pula berkata Perdana Menteri memberikan galakan yang cukup bermakna kepada mereka serta menyatakan sokongannya terhadap pertandingan debat.

“Beliau sangat berterima kasih dan mulai hari ini beliau berkata akan menyokong banyak perbahasan dan beliau bersetuju untuk memastikan perbahasan dalam bahasa Inggeris, sebagai sesuatu yang penting di negara ini,” kata Jasmine.

UiTM melakar sejarah sebagai universiti pertama Malaysia menjuarai kategori utama dalam pertandingan akhir empat penjuru dengan mengalahkan pasukan Trinity College of Dublin Historical Society dan dua pasukan dari University of Toronto, Hart House A & B.


Sementara itu, Ameera Natasha, 22, dan Sara, 20, dari UIAM turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang sudi meluangkan masa bertemu dengan mereka.

Ameera Natasha berkata, pertemuan itu menunjukkan Perdana Menteri sangat menghargai kejayaan mereka di pertandingan debat berkenaan.

“Saya rasa amat teruja bahawa beliau ingin bertemu dengan kami dan mengiktiraf pencapaian kami, saya berasa ini adalah petunjuk sangat menyatakan bahawa kita melakukan sesuatu yang sihat bukan hanya untuk komuniti pendebat, malah demi masa depan Malaysia.

“…saya rasa perbahasan merupakan antara cara terbaik untuk menajamkan fikiran golongan belia,” kata Ameera Natasha.

Ameera Natasha bersama rakan sepasukannya Sara mengalahkan Tel Aviv University dari Israel serta Leiden A and Leiden B, kedua-duanya dari Belanda, untuk menjuarai kategori Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (ESL).

Sebanyak 128 pasukan dari pelbagai universiti, termasuk Harvard University, Oxford University, The London School of Economics, University of Toronto, Tel Aviv University, Cornell University dan Trinity College Dublin mengambil bahagian dalam pertandingan itu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]MmJlkPozTvw[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori