Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

[TIDAK RASMI] Amira Aisya,...

JOHOR BAHRU : Calon Barisan Nasional (BN), Ng Yew Aik menerima tentangan sengit...

Polis Brazil Tunjuk Perasaan...

RIO DE JANEIRO - Keadaan di bandar raya terbesar Brazil di sini menjadi...

Speaker DUN Johor Kata...

JOHOR BAHRU - Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kayat mengingatkan...

“Saya Tidak Pernah Kahwin”...

JIKA semalam, satu Malaysia dikejutkan dengan khabar angin menyatakan calon bakal suami pengacara...

Najib Ucap Takziah Kemangkatan Raja Muda Kedah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merafak sembah takziah atas kemangkatan Raja Muda Kedah Tunku Abdul Malik Almarhum Sultan Badlishah, awal hari ini.

“Merafak sembah takziah atas kemangkatan DYTM Raja Muda Kedah Tunku Abdul Malik ibni Almarhum Sultan Badlishah. Al-Fatihah,” kata Najib dalam laman Twitter dan Facebooknya hari ini.

Tunku Abdul Malik, 86, mangkat pada 1 pagi tadi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Star, Kedah akibat kegeringan.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mengumumkan jenazah almarhum akan disembahyangkan di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit pada 1 tengah hari ini.


Jenazah almarhum disemayamkan di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit untuk orang ramai memberi penghormatan terakhir mulai pukul 1.30 tengah hari hingga 2.30 petang manakala penghormatan untuk orang kenamaan bermula pada pukul 2.30 petang hingga 3.30 petang.

Jenazah almarhum Tunku Abdul Malik akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar pada pukul 4.45 petang ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori