Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

KPM Akan Teliti Kurikulum...

KUALA NERUS : Kementerian Pendidikan (KPM) sedang meneliti kurikulum tahap satu sekolah rendah...

Afghanistan Lahir Wanita Pakar...

UNIK... Wanita Afghanistan buktikan kehebatan apabila mereka berjaya menghasilkan permainan komputer dalam versi...

3 Muka Baharu Hadapi...

KUALA LUMPUR – Tiga muka baharu adalah antara 23 pemain disenaraikan Bojan Hodak...

Militan: Pasukan Keselamatan Bertukar...

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bertukar-tukar maklumat risikan dengan Polis...

Nasib Bernard Then Belum Pasti – KPN

KUALA LUMPUR – Nasib rakyat Malaysia, Bernard Then Ted Fen, yang menjadi tebusan kumpulan penculik dari Selatan Filipina masih belum dapat dipastikan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berusaha untuk mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa di Selatan Filipina.

Beliau berkata demikian dalam laman rasmi Twitternya, berikutan berita disiarkan oleh media luar yang melaporkan Then, 39, seorang jurutera elektrik, telah dibunuh oleh kumpulan penculik tersebut.

“Pihak berkuasa Filipina dilaporkan bertempur dengan penculik di Pulau Jolo, petang tadi. @PDRMsia belum dapat sahkan nasib Bernard, rakyat Msia,” menurut catatan Khalid dalam Twitternya.

Khalid menjawab soalan diajukan oleh @ezwan_mohdisa di Twitternya, mengenai kesahihan berita yang menyatakan Then telah dipenggal oleh kumpulan penculik itu.

Khalid berkata: “@PDRMsia sedang berusaha dapatkan pengesahan dari Selatan Filipina. Kita doakan Bernard selamat.”

Singapore Straits Times dalam berita dalam taliannya di www.straitstimes.com melaporkan bahawa “Brigadier-General Alan Arrojado, commander of the Joint Task Group Sulu said Bernard Then was beheaded at around 4pm at a remote Abu Sayyaf stronghold in Jolo island, in Sulu province, some 1,400km south of the capital Manila.”

(Komander Petugas Bersama Kumpulan Sulu, Brig Jeneral Alan Arrojado dilaporkan sebagai berkata Bernard Then dipancung kira-kira 4 petang di kubu kuat Abu Sayyaf di pulau Jolo, di Wilayah Sulu, kira-kira 1,400km ke selatan Manila.”)


Then merupakan antara dua mangsa diculik pada 14 Mei lepas oleh empat lelaki bersenjata yang menyerbu Restoran Ocean King di Sandakan dalam kejadian kira-kira 7.45 malam itu.

Then pada masa itu adalah pengunjung restoran tersebut.

Pada 8 Nov lepas, seorang lagi mangsa culik, Thien Nyuk Fun, 50, yang juga pengurus restoran berkenaan dibebaskan oleh kumpulan penculik dari Selatan Filipina melalui rundingan antara kerajaan Malaysia bersama kumpulan itu.

Di KOTA KINABALU, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pihaknya belum menerima sebarang pengesahan mengenai laporan kononnya Then telah dibunuh kumpulan penculik di Selatan Filipina.

“Setakat ini, saya belum dapat pengesahan mengenai berita ini, sama ada benar atau tidak,” katanya kepada pemberita melalui Whatsapp malam ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori