Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mahathir Pengganti Nik Aziz...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) membayangkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia...

Universiti Diminta Pastikan Graduan...

BUKIT MERTAJAM - Universiti di negara ini diminta memastikan mahasiswa mereka yang bakal...

Penumpang MRT Pada 27...

KUALA LUMPUR - Penumpang yang menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang...

Nidzam Kecewa Pemain Gagal...

ALOR SETAR - Ketua jurulatih Kedah Mohd Nidzam Adzha Yusoff kecewa apabila kesebelasan...

NGO Tuduh Jamil Khir Sengaja ‘Makan’ Duit Yapeim

KUALA LUMPUR – Sebuah badan tempatan mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pernah menyalahgunakan wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim).

Dakwaan tersebut didedahkan oleh National Oversight and Whistleblowers (NOW) yang menyatakan tokoh tersebut mempergunakan dana yayasan itu berjumlah RM410,978.56 ketika melawat Amerika Syarikat (AS).

Pengarah NOW, Akmal Nasir berkata, Jamil Khir dan isterinya telah menggunakan wang anak yatim dan miskin daripada Yapeim untuk membiayai perjalanan selain bermain golf dan lawatan ke pusat membeli-belah di sana.

“Beliau bersama isteri, Datin Seri Fatmawati Saidin dan seorang lagi individu bernama Biby Haslinda telah mengikuti rombongan ke AS pada 21 sehingga 29 Mei 2014,” katanya dalam satu sidang media pada Jumaat.

Memetik sumber pelbagai portal berita tempatan, Akmal kemudian menjelaskan lagi, Jamil Khir dan isteri serta rombongan telah didapati melawat ibu negara AS iaitu Washington DC selain ke negeri Minnesota dan Iowa.

“Dikatakan perjalanan itu untuk tujuan ‘Pemantapan dan Pemerkasaan Kelab Santun Yapeim, tetapi perbelanjaan yang dibayar Yapeim adalah bersifat bersuka-ria dan langsung tiada unsur amal jariah,” ujar beliau lagi.

Mengulas lanjut, Akmal menyatakan beliau yakin pendedahan yang tidak dinyatakan sumbernya itu menjangkau imaginasi rakyat, malah tindakan Jamil Khir melangkaui batas serta mengkhianati agama, bangsa dan negara.


“Bagaimanakah dana daripada sebuah yayasan berkaitan hal ehwal Islam yang terletak di bawah Perdana Menteri boleh disalahgunakan untuk aktiviti-aktiviti bersifat peribadi oleh menteri berkenaan,” kata beliau.

Justeru, Akmal menggesa Jamil Khir sekiranya masih lagi mempunyai maruah diri, beliau sewajarnya meletak jawatan dengan serta-merta dan tampil memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia.

“NOW juga minta Jamil Khir dan pemimpin wanita UMNO Kelantan, serta keluarganya dan presiden yayasan itu memulangkan kembali setiap sen yang diambil daripada Yapeim termasuk gaji, elaun dan belanja ke luar negara.

“Kita doakan agar mereka akur dengan kesilapan dan berharap Yapeim dirombak agar setiap wang diagihkan kepada mereka yang benar-benar susah dan turut melaporkan kemajuan agihan secara terbuka,” ujarnya lagi.

Antara bayaran dibuat ialah sebanyak RM274,493.10 untuk kos penerbangan, sejumlah RM1,658.96 untuk majlis keraian termasuk bermain golf serta RM3,200.72 untuk cenderahati menteri. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori