SUSULAN dikritik kerana bertudung umpama rahib, akhirnya pelakon Nora Danish membuat permohonan maaf berhubung perkara tersebut.
Nora sebelum ini mengenakan tudung seperti seorang rahib sehingga mencetuskan kekecohan di kalangan peminatnya.
Mengulas perkarai itu, Nora berkata, “Secara jujurnya saya seorang yang berfikiran positif dan tidak sedar tentang gaya saya itu menyerupai rahib seperti yang diperkatakan di laman sosial.”
“Namun, saya akui ia adalah kesilapan saya sendiri yang kurang peka, saya minta baju dan tudung seperti hoodie tapi bila saya gayakan di pentas, tiidak sangka ia kebelakng dan terlihat seperti itu (rahib),” katanya memetik mStar.
Menyedari ia adalah satu kesilapan, Nora berharap di masa hadapan dia akan lebih berhati-hati dengan pemakaiannya agar tidak menyentuh sensitiviti masyarakat.
“Ia silap saya dan InsyaAllah selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam menggayakan sesuatu fesyen terutamanya apabila bertudung,” ujar ibu kepada Putra Rayqal Ramli ini.
Nora, ratu Instagram negara ini sudah mempunyai dua perniagaan yang diusahakan iaitu Restoran Kopi Xoxo yang terletak di Bangsar dan jenama tudung OwlShawlByNd. – MYNEWSHUB.CC
Hasrat keluarkan koleksi sendiri tercapai – Nora Danish