Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

FMLLP Minta KAFA Jangan...

KUALA LUMPUR - Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLPP) meminta Persatuan Bola Sepak...

Hebat… Ahli Kung Fu...

KLIP aksi seorang lelaki warga China membiarkan sebatang tiang kayu menghentak zakarnya membuatkan...

“Kalau Ikut Hati, Pulangkan...

PEMANGKU Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah semalam menzahirkan dukacita terhadap tindakan...

Najib Jejak Kaki Ke...

PETALING JAYA - Pertemuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan...

Padah Sokong BN, ADUN DAP Letak Jawatan Dalam Parti

GEORGE TOWN – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu meletak jawatan sebagai setiausaha pengelola DAP Pulau Pinang berkuat kuasa Ahad, kata setiausaha DAP negeri Lim Hui Ying.

Hui Ying berkata bahawa Yee Cheu menghantar surat menyatakan mengenai peletakan jawatannya melalui e-mel kepada beliau dan Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Dalam surat itu, beliau memaklumkan kepada parti bahawa keputusan itu diambil berhubung sokongannya terhadap usul UMNO mengenai tebus guna tanah semasa sidang Dewan Undangan Negeri pada 20 November.

“Peletakan jawatan itu, yang dibuat melalui e-mel bertarikh 23 November, dengan dialamatkan kepada pengerusi dan setiausaha parti negeri,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Yee Cheu bagaimanapun tidak dapat dihubungi BERNAMA untuk mendapatkan komennya.

Jumaat lepas, satu usul yang dibentangkan ADUN Pulau Betong, Muhamad Farid Saad mendapat perhatian apabila beliau mengundi menyokongnya bersama-sama kesemua sembilan ADUN daripada Barisan Nasional.


Manakala lima ADUN daripada PKR, tidak mengundi.

Muhammad Farid mencadangkan semua projek pembangunan di kawasan penambakan laut perlu tertakluk kepada sesi pendengaran awam terlebih dahulu.

Speaker Datuk Law Choo Kiang kemudiannya menolak usul yang dibentangkan oleh ADUN BN itu selepas 23 ADUN mengundi menentang usul itu, 10 mengundi dan lima berkecuali.

Bagaimanapun, Yee Cheu telah memohon maaf kerana mengundi usul itu dalam sidang media selepas persidangan DUN. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori