Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Hukum Makan Katak Ikut...

Berikut secara ringkasnya pandangan pelbagai mazhab mengenai hukum makan katak:Mazhab Syafie:Ulama mazhab Syafie...

Festival Baju Kuning 6-10...

Menurut polis, BERSIH tetap dengan sikap tidak bertanggungjawabnya iaitu tidak memohon sebarang permit...

Akademi Hoki Pahang Mampu...

TEMERLOH - Akademi Hoki Pahang mampu menjadi platform terbaik untuk mencungkil barisan pelapis...

Utamakan Perkhidmatan Untuk Rakyat...

SEREMBAN - Penceramah motivasi Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat tidak terlalu bergantung...

Pahang Di Kedudukan Selesa Mara Ke Separuh Akhir

KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Pahang berada dalam kedudukan selesa untuk mara ke separuh akhir Piala Malaysia 2015 apabila membenam kelab dari Singapura, Lions XII 4-1 pada aksi suku akhir pertama, malam tadi.

Pada aksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang tidak menunggu lama untuk membolosi gawang pasukan pelawat menerusi jaringan pemain tengah Mohd Hafiz Kamal seawal minit keenam.

Bersambung babak kedua, skuad Tok Gajah terus menampilkan aksi cemerlang apabila menambah tiga lagi jaringan menerusi penyerang import dari Argentina, Matias Conti pada minit ke-54, penyerang berbisa dari Nigeria, Dickson Nwakaeme (ke-60) dan R. Gopinathan (ke-67).

Gol sagu hati Lions XII dijaringkan oleh Safuwan Baharudin pada minit akhir permainan. Kedua-dua pasukan akan bertemu pada perlawanan suku akhir kedua di Stadium Jalan Besar, Singapura, Sabtu ini.

Conti diumumkan pemain terbaik perlawanan berkenaan.

Sementara itu, naib juara musim lepas yang juga juara Liga Super 2015, Johor Darul Ta’zim (JDT) sekadar seri 1-1 berdepan Felda United FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Felda United bermula garang apabila berada di hadapan seawal minit ketujuh menerusi pemain import dari Brazil, Thiago Augusto, sebelum JDT menyamakan kedudukan hasil jaringan Amirul Hadi Zainal pada lewat perlawanan.

Pemain skuad ‘The Settlers’, Thiago Augusto dianugerahkan pemain terbaik perlawanan itu.

Skuad Harimau Selatan yang sudah merangkul Piala Sumbangsih, juara Liga Super dan Piala AFC musim ini, akan menerima kunjungan Felda United di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada Sabtu ini.

Di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila tewas 1-2 kepada Selangor.


Skuad Gergasi Merah membuka jaringan pada minit ke-36 menerusi Ahmad Hazwan Bakri, sebelum pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan pada minit ke-59 hasil jaringan Billy Mehmet.

Muhammad Afiq Azmi memastikan kelebihan buat juara Piala Malaysia sebanyak 32 kali itu, apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-89.

Pemain pertahanan skuad ‘The Crocs’, Ronny Harun, dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan itu.

Juara Liga Perdana 2015, Kedah pula terikat 1-1 berdepan PKNS FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Kedah terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan Mohd Syazwan Zainon pada minit ke-75, sebelum Pedro Henrique menyamakan kedudukan sembilan minit kemudian.

Mohd Syazwan dinobatkan pemain terbaik perlawanan itu.

Pada aksi suku akhir kedua Sabtu ini, Selangor akan menerima kunjungan Sarawak di Stadium Shah Alam, manakala PKNS FC akan berdepan Kedah di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Anugerah pemain terbaik diberikan kepada seorang pemain bagi setiap perlawanan Piala Malaysia 2015, bermula pada aksi suku akhir pertama malam tadi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori