Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KUCHING - Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat tengah hari ini kepada 48...

29 Pelajar Asing Diusir...

CYBERJAYA - Seramai 29 pelajar warga asing diusir dari negara ini pada tahun...

Pemilihan PKR: Azmin Tak...

SHAH ALAM - Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang juga Anggota Parlimen Gombak Datuk...

33 Cerun Kritikal Dikenal...

PUTRAJAYA - Sebanyak 33 cerun kritikal dikenal pasti di Cameron Highlands yang memerlukan...

Parlimen Perlu Mempunyai Unit Etika Dan Integriti – Paul Low

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan hari ini mencadangkan supaya satu Unit Etika dan Integriti ditubuhkan di bawah Parlimen untuk meningkatkan sistem Parlimen di negara ini.

Low berkata beliau telah menyuarakan idea itu kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai inisiatif untuk mengukuhkan sistem Parlimen.

“Saya menghabiskan masa (berbincang) dengan Pandikar Amin dan beliau telah mengatakan keperluan untuk mengukuhkan sistem Parlimen dan saya fikir kita perlu menyokongnya.

“Saya fikir selama bertahun-tahun kita telah menghabiskan banyak masa menyusun semula institusi sosial dan ekonomi tetapi tidak cukup masa menyusun semula Parlimen atau institusi politik,” katanya dalam ucaptama beliau pada program Bicara Integriti 2015, di sini.

Beliau berkata, sudah tiba masanya bagi Parlimen untuk mempunyai unit itu jika ia mahu berada dalam sifat demokrasi di samping memastikan sempadan yang jelas di antara badan perundangan, eksekutif kerajaan dan badan kehakiman.


Menjelaskan dengan lebih lanjut pada sidang media selepas majlis itu, Low berkata, unit ini juga perlu membantu anggota-anggota Parlimen untuk memahami mengenai integriti di samping menyediakan mereka dengan maklumat mengenai pelbagai isu-isu yang mereka tidak faham.

“Unit ini akan membantu dalam perkara-perkara yang perlu diberi perhatian, misalnya, bolehkah seorang ahli melobi Parlimen untuk mendapatkan sokongan atau sesuatu seperti itu. Kadang-kadang terdapat isu-isu yang kita perlu untuk membantu mereka (anggota Parlimen) menentukan dengan jelas apa perkara yang boleh diterima atau tidak,” katanya.

Low juga mencadangkan Pandikar Amin untuk memimpin unit itu yang antara lain hendaklah terdiri daripada pakar-pakar atau pegawai-pegawai kanan dari Institut Integriti Malaysia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori