Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

TNB Beri Insentif Pasang...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menawarkan insentif khas bagi menggalakkan pemilik...

Pemandu Lori Didakwa Bunuh...

TANJUNG MALIM - Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret sini hari ini...

Singapura Bantu Rakyat Malaysia...

SINGAPURA - Kerajaan Singapura akan membantu pekerja yang terpaksa diberhentikan termasuk rakyat Malaysia...

KDNK Malaysia Diunjur 4.6%...

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia dijangkakan berkembang pada kadar yang agak sederhana, dengan...

Parti Amanah Sindir Kerajaan PAS Kelantan Naik Elaun ADUN

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) menyindir kerajaan PAS Kelantan kerana menaikkan elaun wakil rakyat sedangkan ramainya masih hidup dalam kemiskinan.

Timbalan Ketua Pemuda PAN, Muhammad Faiz Fadzil turut menyindir PAS kerana menaikkan elaun tersebut tetapi rumah mangsa banjir di Kelantan masih belum siap dibina.

“Tahniah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan yang dinaikkan elaun. Ini bermakna kemiskinan di Kelantan telah berkurangan. Rumah mangsa banjir semuanya telah siap dibina,” sindirnya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook hari ini.

Sidang DUN Kelantan semalam meluluskan kenaikan antara 10 hingga 43 peratus elaun Menteri Besar, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) serta timbalannya, Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), berkuat kuasa 1 Januari ini.


Kelulusan itu diumumkan oleh Speaker DUN, Datuk Abdullah Ya’kub selepas menerima cadangan Menteri Besar, Datuk Ahmad Ya­kob agar Rang Undang-undang Enakmen Saraan Anggota-Anggota Pentadbiran dan ADUN 1980 di­pinda.

Keputusan itu juga dibuat se­telah mendapat sokongan sebulat suara kesemua ADUN dalam per­sidangan tersebut termasuk pi­hak pembangkang yang kemudiannya mencadangkan agar elaun wakil rakyat dinaikkan kepada RM11,000. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori