Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jenayah Perang Berlaku Di...

PAKAR hak asasi manusia PBB percaya semua pihak yang terlibat dalam konflik di...

Ikut Perkembangan Semasa SST...

MELAKA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) meminta rakyat negara ini sentiasa mengikuti...

Jangan Jadikan Hak Berhimpun...

KUALA LUMPUR - Jangan jadikan hak yang dijamin kerajaan untuk berhimpun sebagai satu...

Mastura Mampu Sambung Legasi...

KUALA LUMPUR - Pemilihan Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon Barisan Nasional (BN)...

PAS Dedah Pakatan Harapan Cuma Alat DAP!

KUALA LUMPUR – PAS mengingatkan semua pihak bahawa DAP mewujudkan Pakatan Harapan untuk bergabung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) semata-mata bagi mendapatkan kuasa serta mentadbir Malaysia secara kuku besi.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, perkara itu terbukti berdasarkan sikap ‘besar kepala’ DAP selepas mendapat kuasa yang mereka inginkan seperti yang sedang berlaku di Pulau Pinang.

“DAP menunjukan perangai ‘Abang Besar’ dalam pakatan. Pada persidangan DUN Pulau Pinang Mei lepas, kerajaan DAP mengugurkan empat dari lima usul yang dikemukakan oleh ADUN PKR.

“Ini mencetuskan rasa tidak puas hati dan menunjukan sikap ‘double standard’ DAP Pulau Pinang terhadap usul-usul yang dikemukakan oleh ADUN selain daripada DAP,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Khairil Nizam berkata, DAP juga semakin angkuh di negeri-negeri pembangkang terutama di Pulau Pinang dengan cuba membolot semua keputusan yang mahu dibuat kerajaan negeri hingga mengenepikan hak parti-parti lain untuk bersuara.

Kata beliau, sikap DAP tersebut yang merosakkan hubungan Pakatan Rakyat sebelum ini dan akan terus menjadi duri dalam daging dalam Pakatan Harapan yang kini menjadi pentas lakonan baharu DAP untuk berkuasa di Malaysia.

Justeru katanya, PAS mengingatkan DAP supaya melihat kepada kepincangan amalan demokrasi dalam parti itu sebelum berterusan mempersoalkan dasar-dasar PAS.

Menurutnya, jika pemilihan PAS mengangkat dan menolak pemimpin yang sepatutnya, pemilihan DAP Selangor pula berlaku sebaliknya.

“Tony Pua yang menduduki carta undian nombor lapan, jauh di belakang Gobind Singh Deo diangkat sebagai sebagai Pengerusi DAP Selangor sekali gus menidakkan mandat perwakilan yang memilih pemimpin terbaik mereka.


“Nampaknya nama parti itu, ‘DAP – Parti Tindakan Demokratik’ perlu ditukar sebagai Parti Tindakan Kuku Besi!,” katanya.

Khairil Nizam turut menyelar DAP kerana mencanangkan parti itu kini mendapat sokongan masyarakat Melayu tetapi tiada satu pun pemimpin Melayu diberikan mandat dalam pemilihan DAP Selangor baru-baru ini.

Justeru, katanya, slogan DAP ingin membawa perubahan kepada negara masih gagal kerana rakyat masih melihat DAP sebagai parti perkauman yang hanya mengunakan segelintir orang Melayu untuk kepentingan mereka.

“Segelintir pemimpin DAP juga begitu angkuh mengumumkan mahu bertanding di kubu-kubu PAS pada PRU akan datang. Marilah bertanding demi melunaskan dendam kesumat. Penyakit orang gila seperti ini yang hanya mementingkan diri sendiri hingga membelakangkan rakyat.

“Sibuk kata PAS bergabung dengan UMNO, akhirnya bila ombak besar tiba, mereka sendiri tercampak keluar dan hanyut di bawah telunjuk DAP yang koyak rabak dengan pelbagai masalah dalaman,” katanya. – Mynewshub.cc

 

[wpdevart_youtube]q_FmwqfLLtk[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori