Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tok Mat Tanding Kerusi...

SEREMBAN - Khairy Jamaluddin tidak menolak kemungkinan memberi laluan kepada Timbalan Presiden UMNO,...

Kes Tanah Felda: Isa...

SELESAI... Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sudah memberi keterangan...

Bayar Hanya RM3, Tapi...

KISAH perkhidmatan hospital kerajaan sentiasa dihentam dan dikutuk bukan lagi perkara asing. Namun bila...

Aminuddin Nafi Anak Dipanggil...

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan dakwaan pihak...

PAS Panggil Husam Musa Beri Penjelasan – Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR – PAS akan memanggil bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berikutan kritikan keras yang dilemparkannya ke atas ulama dan pucuk pimpinan parti itu.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Husam perlu memberi penjelasan kepada parti berhubung tindakannya tersebut.

“Husam sepatutnya menggunakan saluran dalaman parti untuk sebarang isu yang menglibatkan pimpinan PAS.

“PAS akan memanggil Husam untuk memberi penjelasan,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Husam semalam menyifatkan kepimpinan Dewan Ulama PAS Pusat ibarat kumpulan samseng apabila menyuruh beliau meninggalkan parti itu.

Beliau menegaskan tidak akan keluar PAS kerana menganggap dirinya sama taraf dengan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr. Mahfozd Mohamed.


“‎Apa salah saya, bagi nas al-Quran, hadis, ijmak dan qias, apa kesalahan saya? Ini serupa macam samseng. Kalau dia jawab, ana ketua Dewan Ulama, ana ketua PAS kawasan Kubang Kerian,” kata Husam.

Husam dilihat semakin lantang mengkritik pimpinan PAS selepas beliau dan rakan-rakannya disingkirkan daripada pucuk pemimpin parti itu dalam pemilihan PAS pada Jun lalu.

Bekas pemimpin pro-Pakatan Rakyat terbabit bertindak keluar parti dan menubuhkan Parti Amanah Negara (PAN) tetapi Husam masih kekal dalam parti itu. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]ubwFKq72WtA[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori