Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hampir 80% Graduan Menganggur...

KUALA LUMPUR - Hampir 80 peratus graduan menganggur sedang aktif mencari pekerjaan dan...

Wanita Didenda RM1,800 Ceroboh...

KUALA LUMPUR - Seorang wanita didenda RM1,800 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah...

Rumah PR1MA: 4 Sahabat...

KUALA LUMPUR - Empat sahabat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang hari...

Adun Seri Delima Lepas,...

GEORGE TOWN - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima R.S.N Rayer hari...

PAS Terpinggir Kerana Dianggap Musuh Kerajaan

KUALA LUMPUR – PAS sedia dipanggil oleh Kerajaan Pusat bagi memberikan nasihat dan membetulkan kekurangan yang ada dalam Bajet 2016.

Ketua Pemudanya, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, selama ini PAS merasakan terpinggir kerana dianggap musuh oleh kerajaan.

“Kita nak bagi sumbangan pada rakyat. Selama ini PAS terpinggir kerana dianggap musuh. Kalau Kerajaan nak berubah maka kena panggil PAS, PKR dan DAP untuk bincang.

“Dalam perbahasan di Dewan Rakyat, kami ambil bahagian dan akan terus nyatakan penambahbaikkan yang perlu dalam bajet tersebut,” katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.

Menurutnya, PAS sentiasa meminta kerajaan menjemput dalam perkara berkait dengan kemajuan negara.


“PAS jarang dapat panggilan dan ajakan dari kerajaan. Kalau kerajaan panggil kita akan bagi kerjasama,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, kesediaan memberikan nasihat itu bukan bermakna PAS ingin bekerjasama dengan BN.

“Tiada kerjasama politik dengan BN. Hanya kerjasama bantu kepentingan rakyat. Kita akan kekal parti pembangkang dan tiada niat bersama BN,” katanya. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori