Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Budak Perempuan Hilang Dibawa...

Seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan hilang dibawa arus ekoran terjatuh dalam sungai di Kampung...

Isu Kuil: SKMM Kumpul...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang mengumpul bukti penyebaran...

SOP Baharu Tangani Masalah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya akan memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) baharu...

Raja Permaisuri Agong Seru...

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini...

Pasangan Kekasih Terkejut, Jatuh Hati Ketika Usia 3 Tahun

SEPASANG kekasih yang bertemu melalui laman web `dating’ di media sosial, tidak menyangka mereka sebenarnya merupakan teman rapat ketika kanak-kanak iaitu lebih 30 tahun lalu di Florida.

Amy Giberson dan Justin Pounders, kedua-duanya 33, berpacaran selepas bertemu di dunia realiti.

Namun selepas setahun berpacaran barulah mereka sedar, Justin sebenarnya pernah sukakan Amy ketika mereka di tadika.

“Semuanya terbongkar beberapa hari lepas setelah Justin menceritakan bahawa dia pernah jatuh hati pada seorang budak perempuan ketika di tadika. Ketika itu usianya tiga tahun.

“Justin sukakan budak itu kerana namanya Amy, sama seperti nama anak anjingnya.

“Saya kemudian bergurau dengannya, ia bukan saya jadi saya tidak mahu mendengarnya,’’ kata Amy.


Namun terlintas di fikiran Amy kemudiannya, budak itu mungkin dirinya kerana dia juga bersekolah tadika di Sunshine.

“Kami kemudiannya meminta ibu kami menggeledah semula barang-barang lama.

“Ibu Justin menemui gambar kami berdua dan saya mula menangis. Saya terkejut kerana sayalah Amy, kanak-kanak yang pernah disukai oleh Justin,’’ kata Amy.

Mereka kini merancang untuk berkahwin. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori