Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

10 Pengajaran Yang Boleh...

SABAN tahun, ada sahaja berita hangat yang sering dicetuskan oleh golongan selebriti tempatan...

Changi Lapangan Terbang Terbaik...

 SINGAPURA – Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di sini sekali lagi dipilih sebagai lapangan...

Amy Search Dedah Nabila...

BAPA pelakon Nabila Huda, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy Search mengesahkan anaknya bakal...

Duda Cedera Parah Ditikam...

SUNGAI PETANI - Seorang duda berusia 39 tahun cedera parah akibat ditikam rakan...

Paul Stadlen Pemegang Permit Penduduk Tetap Malaysia

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Perunding Perhubungan Awam, Paul Stadlen ialah pemegang permit penduduk tetap (PR) negara ini.

Justeru, beliau berkata Stadlen tidak memerlukan permit sah untuk bekerja di negara ini.

“Untuk makluman, semakan rekod Jabatan Imigresen mendapati Paul Stadlen (Gregory) adalah penduduk tetap Malaysia.

“Oleh yang demikian, beliau bebas keluar masuk dan bekerja di negara ini tanpa perlu memiliki pas untuk bekerja yang dikeluarkan Jabatan Imigresen,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) yang meminta beliau menyatakan sama ada Stadlen mempunyai permit pekerja sah untuk bekerja di negara ini.


Stadlen pernah menerajui firma perunding komunikasi APCO Worldwide cawangan Kuala Lumpur dan sebelum ini dikatakan berkhidmat dalam pasukan komunikasi di Pejabat Perdana Menteri.

APCO Worldwide merupakan firma perunding perhubungan awam yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat dan mempunyai 29 cawangan di seluruh dunia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori