INDIANAPOLIS – Seorang lelaki Amerika Syarikat (AS) mengaku bersalah memecah masuk sebuah muzium dan mencuri beberapa otak manusia sebelum menjualnya menerusi laman lelongan eBay.
David Charles memecah masuk Muzium Sejarah Perubatan Negeri Indiana yang dahulunya adalah hospital sakit jiwa dan mencuri beberapa balang yang berisi otak serta tisu manusia.
Dia ditahan pada Disember 2013 selepas pembeli enam balang otak tersebut dengan harga £400 (RM1,806 ) membuat laporan polis apabila mendapati kesemua barangan curi itu adalah milik muzium berkenaan.
Pihak berkuasa tempatan turut merampas 80 balang berisi tisu manusia semasa serbuan.
Charles mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan termasuk menceroboh dan mencuri dan dijatuhi hukuman tahanan dalam rumah selama setahun serta berada dalam pemerhatian polis selama 2 tahun.
Dia yang kini berusia 23 tahun turut dilarang oleh pihak berkuasa untuk mendekati kawasan muzium berkenaan. – Metro.uk
[wpdevart_youtube]RZqpPqHtY7o[/wpdevart_youtube]