Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Firefly Lancar Promosi Tahun...

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan premium jarak dekat Malaysia, Firefly, melancarkan promosi Tahun...

Isu Islam PAS, UMNO...

ISLAM akan menjadi lebih kukuh apabila diperjuangan menjadi satu suara yang vokal di...

Brad Pitt Dah Mula...

WALAUPUN kes perceraiannya masih belum selesai, pelakon Brad Pitt nampaknya sudah mula melupakan...

6 Khasiat Putih Telur...

Telur antara menu popular untuk hidangan seisi keluarga. Ianya mudah disediakan dan kaya...

Peguam Negara Nafi Kematian Kevin Ada Kaitan Dengan 1MDB

KUALA LUMPUR – Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini mengulangi bahawa mendiang Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais tidak terlibat dalam siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan menolak dakwaan bahawa pembunuhannya ada kaitan dengan kes itu.

Mohamed Apandi berkata ia adalah tidak munasabah untuk adik mendiang, Charles Suresh Morais untuk mendakwa pembunuhan adiknya itu ada kaitan dengan kes tersebut.

“(Anthony) Kevin tidak pernah terlibat dalam siasatan 1MDB. Malah, apabila beliau ditukarkan semula ke Pejabat Peguam Negara pada awal Julai 2014, masih belum ada laporan berhubung 1MDB.

“Saya ingin menegaskan apabila adiknya (Charles Suresh) mula membayangkan bahawa tertuduh yang didakwa tidak terbabit dalam pembunuhan (Anthony) Kevin, beliau dilihat cuba mencampuri perbicaraan belum selesai.

“Juga mengenai dakwaan tidak berasas berhubung bedah siasat mendiang abangnya (Anthony) Kevin,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas dari Nanning, China bagi mengulas dakwaan Charles Suresh terhadap kematian abang sulungnya itu.

Dalam kenyataan pada 7 Sept lepas, Mohamed Apandi telah menafikan sebarang penglibatan Anthony Kevin dalam siasatan 1MDB.

Beliau menjelaskan kes-kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang masih dikendalikan oleh Anthony Kevin semasa dalam portfolionya sekarang adalah untuk kesinambungan pendakwaan.

Dalam sidang media semalam, Charles Suresh, iaitu anak kedua daripada empat adik-beradik Morais, mengeluarkan akuan bersumpah (SD) setebal 18 halaman.

Antara lain dalam SD tersebut adalah berkaitan saman pemula yang difailkan di Mahkamah Tinggi untuk menuntut pakar patologi forensik bebas atas pilihan beliau (Charles Suresh) untuk menjalankan bedah siasat kali kedua ke atas mayat Anthony Kevin.


Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan memanggil Charles Suresh atas dakwaan beliau mempunyai maklumat tertentu berkaitan kes pembunuhan mendiang abangnya.

“Sekiranya beliau benar-benar mempunyai maklumat, ia seharusnya diserahkan kepada polis untuk membantu siasatan. Tidak mendedahkan maklumat boleh dianggap suatu kesalahan.

“Saya cadangkan beliau (Charles Suresh) berkongsi maklumat dengan polis supaya tindakan boleh diambil. Polis tidak boleh bertindak jika tidak mempunyai maklumat mengenai mendiang (Anthony) Kevin,” Khalid memberitahu Bernama.

Mayat Anthony Kevin, 55, ditemukan di dalam tong dram yang dipenuhi simen di dalam kawasan paya di Jalan Subang 3, Subang Jaya, pada 16 Sept lepas selepas dilaporkan hilang pada 4 Sept.

Kali terakhir mendiang dilihat meninggalkan kondominiumnya di Menara Duta di sini untuk ke pejabatnya di Pejabat Peguam Negara di Putrajaya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]kgN-Z4Hz944[/wpdevart_youtube]

[wpdevart_youtube]NnXh489W-gc[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori