Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Curi Duit Tabung Surau,...

PETALING JAYA - Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret...

KJ Ikrar Tidak Akan...

SETIA... Khairy Jamaluddin hari ini menafikan akan meninggalkan parti itu walaupun terdapat desas-desus...

Agong, Permaisuri Saksi Pertabalan...

TOKYO - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja...

BN Yang Telah Diuji...

SHAH ALAM – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa masyarakat perniagaan...

Pekerja Kedai Serbaneka Dipenjara, Denda Kerana Mencuri

KUALA LUMPUR – Gara-gara mencuri beberapa barangan termasuk pakaian dalam di sebuah pasar raya, semalam, seorang pekerja kedai serbaneka dihukum penjara dua hari dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini Rabu.

Majistret Muhamad Faizal Ismail menjatuhkan hukuman berkenaan ke atas Noriza’Aini Zulkarnaen, 26, selepas tertuduh mengaku bersalah mencuri kotak barang kemas, pakaian, pakaian dalam wanita, produk kecantikan dan minyak wangi kesemuanya bernilai RM555.80.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 17 Nov, dan turut memerintahkan dia dipenjara sebulan jika gagal membayar denda.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di LG Supermarket, Kompleks Sogo Jalan Tuanku Abdu Rahman, Dang Wangi, di sini pada pukul 2 petang, semalam.


Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau boleh juga dikenakan denda dan bagi kesalahan kedua atau yang kemudian hendaklah diseksa dengan penjara atau denda atau sebat.

Terdahulu, ketika rayuan tertuduh yang diwakili peguam Kevin Tan Kim Kwong memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan tertuduh yang merupakan ibu tunggal perlu menyara dua anak berusia tujuh dan 10 tahun serta ibu bapanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori