Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

YGMB Sasar 10,000 Guru...

PORT DICKSON: Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) menyasarkan seramai 10,000 orang guru menjadi...

Logo 1Malaysia Diturunkan UTC...

LABUAN - Logo 1Malaysia hari ini diturunkan di bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC)...

Kucing Bermuka Dua Curi...

USIANYA baru sahaja 12 hari, namun seekor anak kucing yang dilahirkan di Afrika...

JPN Kelantan Sedia 15...

KOTA BHARU - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan telah menetapkan 15 pusat peperiksaan...

Pelajar Kolej Ranaco Kemaman Lemas Di Sungai Pelagat

BESUT – Mayat pelajar Kolej Ranaco Kemaman yang dipercayai lemas ketika mandi di kawasan Empangan Air Pelagat, Jerteh petang semalam, ditemui di dasar Sungai Pelagat kira-kira 7.20 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Khaled Che Lah berkata mangsa Mohd Nazmi Asyraff Mohd Nawi, 18, dari Simpang 4 Kampung Raja Besut, dipercayai lemas ketika mandi bersama tiga rakannya pada pukul 5 petang.

“Hujan lebat sejak tengah hari semalam menyebabkan paras air sungai di empangan itu naik mendadak. Mangsa yang tidak pandai berenang menghadapi masalah apabila tergelincir ke kawasan yang dalam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Khaled mayat mangsa ditemui pasukan penyelam dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Jerteh yang menjalankan operasi mencari dengan dibantu anggota Jabatan Pertahanan Awam dan polis.


Mayat dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori