HANYA kerana menegur seorang pelanggan lelaki supaya tidak merokok, pelayan restoran Julia Brightwell maut akibat ditembak di Mississippi, Amerika Syarikat.
Susulan itu lelaki berkenaan, Johnny Max Mount yang merupakan bekas anggota bomba telah ditangkap dan didakwa atas tuduhan membunuh.
Julia yang berusia 52 tahun, sebelum itu dikatakan nampak keletihan namun sempat menegur Mount semasa dia menikmati juadah hari Thanksgiving.
Mount pernah mengalami kecederaan parah selepas terlibat dalam kemalangan pada 2002 yang turut mengakibatkannya mengalami kecederaan teruk di bahagian otak.
Nahas itu tidak dapat dielakkan dan pemandu kenderaan yang melanggar Mount tidak didakwa.
“Dia adalah seorang yang baik dan bukannya jahat. Saya tidak tahu, sesuatu berlaku. Saya tahu dia tidak pernah melakukan perkara yang ganas dan kejadian ini pasti menyebabkan ibunya bersedih,’’ kata seorang rakan Mount, Rebecca Berry.