Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Nasib Malang Cikgu Melayu...

IBARAT sudah jatuh ditimpa tangga... Begitulah nasib malang yang menimpa pendidik bernama Cikgu...

Naik PSC Bukan Selamatkan...

PUTRAJAYA – Kenaikan caj perkhidmatan penumpang (PSC) ke atas pelepasan antarabangsa di terminal...

Kes Dadah: Rakyat Malaysia...

SINGAPURA - Biro Narkotik Pusat (CNB) menahan seorang lelaki rakyat Malaysia susulan rampasan...

16 Lagi Kluster Baharu...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 16 lagi kluster baharu...

Peluang Seimbang Pertahan Kejuaraan Piala Tun Abdul Razak

KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Perak menyifatkan peluang mempertahankan kejuaraan pada Kejohanan Hoki Piala Tun Abdul Razak 2015, bermula esok di Bukit Jalil, adalah seimbang kerana majoriti pasukan dalam Divisyen Satu diperkuatkan beberapa pemain kebangsaan.

Pengurus pasukan Perak, Hakimi Abd Hamid berkata beberapa pasukan seperti juara 19 kali, Kuala Lumpur dan Terengganu bakal memberi saingan sengit kepada mereka dalam memburu gelaran ketujuh pada edisi ke-53 kejohanan itu.

“Kita bersyukur diperkuatkan beberapa pemain kebangsaan seperti Mohamed Shukri Mutalib, Azlan Misron selain kapten skuad Projek 2016, Muhammad Najib Abu Hassan dan Muhammad Haziq Samsul, namun saya menganggap peluang kita 50-50 kerana Terengganu, umpamanya turut diperkuatkan beberapa pemain kebangsaan,” katanya pada sidang media di sini, semlam.

Dalam pada itu, Naib Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Ow Soon Kooi berkata lapan pasukan dalam Divisyen Satu dibahagikan kepada dua kumpulan, manakala Divisyen Dua melibatkan cabaran tujuh pasukan.

Perak yang menjuarai kejohanan berkenaan sebanyak enam kali, mengetuai cabaran Kumpulan A bersama Melaka, Pulau Pinang dan Terengganu manakala Kuala Lumpur diundi dalam Kumpulan B bersama Negeri Sembilan, Johor dan finalis 2014, Pahang.

Tujuh pasukan dalam Divisyen Dua ialah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perlis, Kedah, Kelantan, Selangor dan Sarawak.

Ow berkata aksi sulung Divisyen Dua bermula esok, manakala Divisyen Satu bermula 30 Nov ini, dan kesemua perlawanan berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

“Sabah tidak menyertai kejohanan kali ini tetapi saya tidak pasti puncanya kerana mereka tidak memberi sebarang alasan kepada KHM selain pasukan Singapura yang turut dijemput, namun menolak atas sebab-sebab tertentu,” katanya.


Juara Divisyen Satu akan meraih RM10,000; naib juara (RM7,000), tempat ketiga (RM5,000), manakala bagi saingan Divisyen Dua, juara membawa pulang RM5,000; naib juara (RM3,000) dan tempat ketiga RM2,000.

Sementara itu, pengurus pasukan Kuala Lumpur, S. Samson meluahkan rasa kecewa dengan sikap kapten skuad hoki kebangsaan, Muhammad Razie Abd Rahim yang dikatakan memilih menyarung jersi PDRM pada saingan kali ini, walaupun pemain berkenaan dilahirkan di Kuala Lumpur.

Beliau yang juga Naib Presiden Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA) mendakwa pakar pukulan sudut penalti kebangsaan itu gagal melaporkan diri kepada Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA) untuk sesi latihan sejak beberapa minggu lepas, sehingga menyebabkan mereka berada dalam dilema sama ada untuk menyenaraikan pemain berkenaan atau sebaliknya.

“Saya tidak mempertikai penyertaan beliau dalam PDRM, namun apa yang mengecewakan saya, beliau tidak pernah mengadakan perjumpaan dengan kami sebelum menyertai PDRM.

“Sekiranya beliau tidak berminat mewakili Kuala Lumpur, beliau sepatutnya memaklumkan kepada kami supaya kami dapat mengeluarkan surat pelepasan, namun beliau tidak mempunyai usaha untuk mengadakan perjumpaan,” jelas Samson.

Sehubungan itu, katanya sandaran pasukan warga kota kali ini bakal digalas beberapa pemain skuad Projek 2016 yang membantu Malaysia menamatkan cabaran di tangga kelima pada Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia di Pahang, baru-baru ini.

Mereka ialah Ahmad Ashraf Alias, Norsyafiq Sumantri, Zulpidaus Mizun serta penyerang sensasi remaja kebangsaan, Muhammad Shahril Saabah. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • hoki

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori