Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Simpan Pasport: Bapa Anak...

PETALING JAYA - Seorang bapa dua anak didenda RM3,000 atau penjara tiga bulan...

David Beckham Ajar Anak...

SESUAI dengan peribahasa Melayu ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, anak...

M’sia Catat Peningkatan Positif...

SHANGHAI - Sektor pelancongan Malaysia dijangka mencatat perkembangan positif ketibaan pelancong China dalam...

Kepialu: KKM Tingkatkan Penguatkuasaan...

DENGKIL - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam memberitahu bahawa sejak kebelakangan...

Pemandu Maut, Seorang Koma Kereta Terjunam Dalam Longkang

KOTA KINABALU – Seorang pemandu maut manakala dua yang lain cedera selepas kenderaan Proton Saga FL dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam dan terbalik ke dalam longkang besar berhampiran Grace Court, Jalan Coastal di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M. Chandra berkata, kemalangan kira-kira pukul 3 pagi itu mengakibatkan ketiga-tiga lelaki itu terperangkap berikutan keadaan kenderaan yang terbalik dengan empat tayar di atas.

“Siasatan awal mendapati kemalangan itu berpunca dari kecuaian pemandu yang disyaki mabuk dan gagal mengawal kenderaan dengan baik sehingga terbabas ke kiri jalan.

“Identiti mangsa yang maut masih belum dikenal pasti berikutan tiada dokumen ditemui bersamanya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Beliau berkata, atas bantuan orang ramai, dua rakan mangsa yang berumur 29 dan 36 tahun itu berjaya diselamatkan dan telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth Dua untuk menerima rawatan lanjut, bagaimana pun seorang masih koma.

“Pemandu kenderaan gagal diselamatkan kerana tersepit di bahagian kerusi dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori