Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Panglima Navy Seals Marah,...

WASHINGTON DC – Panglima pasukan elit tentera laut Amerika Syarikat, Navy Seals melahirkan...

Budak Warga China Lari...

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak warga China berusia dua tahun yang dilarikan oleh...

MT UMNO Pecat Muhyiddin,...

KUALA LUMPUR - Majlis Tertinggi UMNO pada mesyuarat hari ini membuat keputusan sebulat...

Video: Rani Kulup Buat...

RAJA report polis, Abdul Rani Kulup nampaknya sudah tidak asing lagi dalam kalangan...

Pencinta Haiwan Minta Henti Bunuh Anjing Liar

GEORGETOWN – Lebih 100 pencinta haiwan berarak dari Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ke Komtar hari ini, meminta kerajaan negeri berhenti membunuh anjing liar.

Semasa berarak, kesemua pencinta haiwan itu berteriak ‘Hentikan membunuh, mulakan pemandulan’.

Matlamat utama mereka adalah untuk menyerahkan memorandum kepada kerajaan Pulau Pinang dan memberi kesedaran terhadap tindakan membunuh anjing liar oleh MBPP.

Motif utama perhimpunan tersebut adalah menamatkan perbuatan kejam membunuh anjing dan kucing liar oleh kakitangan MBPP dan memberi peluang kepada orang ramai untuk memelihara haiwan-haiwan yang ditangkap itu.

Wakil perhimpunan aman itu, Narashini Vannamalai berkata mereka tidak menentang tindakan kerajaan negeri atau mana-mana parti politik, namun memberi hak kepada haiwan-haiwan terbiar itu untuk terus hidup dan mendapat penjagaan yang baik.


Beliau mendakwa perbuatan membunuh itu tidak dihentikan selepas wabak anjing gila dapat dibendung di Pulau Pinang sejak September lepas.

Kelly Khor Hooi Ling, 49, berkata beliau pernah melihat kakitangan MBPP menangkap anjing liar di Paya Terubong semasa tengah malam.

Perhimpunan itu dirancang beberapa minggu lepas dalam Facebook dan peserta terdiri daripada aktivis pencinta haiwan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]ozy3bs8NuPc[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori